Penganalisis BNM akui buat kesimpulan dana 1MDB tanpa melihat akaun Bank Riyad

Semasa pemeriksaan balas di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi, saksi pendakwaan ke-47 Adam Ariff Mohd Roslan memberitahu peguam bela Najib, Tania Scivetti berhubung kesimpulannya bahawa AS$20 juta (RM60.6 juta) dana 1MDB mengalir daripada “Putera Faisal” dari Arab Saudi ke akaun tertuduh pada 2011.

Scivetti: Tanpa melihat akaun bank Riyad Duli Yang Teramat Mulia Putera Faisal dan Putera Saud untuk bulan Februari hingga Jun 2011, anda tidak boleh membuat kesimpulan dalam laporan (jejak wang) bahawa AS$20 juta kononnya diterima antara Februari dan 14 Jun 2011 dalam akaun AmIslamic yang dikekalkan atas nama Amprivate Banking-MR (akaun 694 Najib) boleh dikesan kepada bon IMTN (Nota Jangka Sederhana Islam) (yang dikeluarkan oleh Lembaga Pelaburan Terengganu – pendahulu 1MDB – pada 2009).

Adam: Saya tidak bersetuju. Saya pertahan laporan saya. Ia boleh dikesan.



Terdahulu semasa prosiding hari ini di hadapan hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah, ketua peguam bela Muhammad Shafee Abdullah telah menyoal balas Adam sama ada saksi itu melihat penyata Riyad Bank. Adam mengaku tidak melihat penyata bank itu.

Apabila Shafee meneruskan soalannya, Adam menjelaskan bahawa dia masih boleh membuat kesimpulan bahawa dana 1MDB berakhir dalam akaun Najib kerana dia mempunyai akses kepada salinan penyata bank Good Star Limited yang diperbadankan di Seychelles serta penyata akaun bank Malaysia daripada Najib.

Saksi menjelaskan bahawa dia dapat melukis carta jejak kewangan 1MDB tanpa memerlukan akses kepada akaun Riyad.

Good Star didakwa dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low), yang didakwa oleh pendakwa raya bersekongkol dengan Najib.



Pihak pendakwaan sebelum ini berhujah bahawa entiti yang berpangkalan di Seychelles itu telah menerima dana AS$700 juta daripada 1MDB – yang bertujuan untuk disuntik ke dalam usaha sama antara 1MDB dan Petrosaudi International Limited pada 2009.

Adam hari ini berkata dia tidak perlu melihat rekod bank Riyad kerana penyata bank Good Star menunjukkan sejumlah AS$24.5 juta telah dipindahkan daripada entiti itu ke akaun Riyad dalam dua peringkat, satu pada 18 Feb 2011 dan yang kedua pada 10 Jun 2011.

Penganalisis BNM itu menyorot bahawa rekod bank Najib menunjukkan tertuduh menerima sejumlah AS$20 juta (RM60 juta) dalam dua bahagian, iaitu satu pada 24 Feb 2011 dan yang kedua pada 14 Jun 2011.

“Berdasarkan jarak antara tarikh Good Star menghantar dana ke akaun Riyad Bank dan tarikh akaun Riyad Bank menghantar dana ke akaun AmPrivate Banking–MR, serta kedekatan nilai dana yang dihantar ke akaun Riyad Bank dan nilai dana yang dipindahkan ke akaun AmPrivate Banking–MR, adalah munasabah dipercayai bahawa akaun Riyad Bank telah digunakan sebagai akaun pass through untuk memindahkan wang daripada Good Star, yang berasal daripada subjek (1MDB),” Adam berkata dalam laporan jejak kewangannya.



Transaksi “Putera Faisal” didakwa berlaku semasa fasa pertama (Fasa Good Star) daripada empat fasa yang menyaksikan sejumlah RM2.28 bilion dana 1MDB mengalir ke dalam akaun Najib antara 2011 hingga 2014.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi



Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker