Howard mohon maaf selepas polis ambil keterangan

Howard Lee mohon maaf selepas polis ambil keterangan

Ahli Parlimen Ipoh Timor, Howard Lee memohon maaf kerana didakwa membuat tafsiran sendiri ayat al-Quran dalam video tular minggu lalu.

Katanya, permohonan maaf itu antaranya mengambil kira saranan Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, menegurnya tidak mengulangi tindakan membuat tafsiran sendiri ayat al-Quran.

Beliau berbuat demikian dalam sidang media di Pusat Komuniti Ahli Parlimen Ipoh Timor, dekat Pengkalan, selepas memberi keterangan di IPK Perak, Ipoh pada 2 petang tadi.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP itu berkata, beliau hanya memberi keterangan kepada polis hari ini kerana baru pulang ke Malaysia selepas menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) Ke-78 di New York.

“Saya ambil kesempatan di sini untuk meminta maaf atas segala kesulitan dan memohon maaf bagi semua pihak, termasuk semua rakan bukan Islam dari parti lain, Gerakan dan Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) yang turut memetik ayat suci al-Quran dalam konteks politik,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata laporan pertama dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, manakala badan bukan kerajaan, Jalinan Bersatu Sahabat (Jabat) Perak turut membuat laporan Khamis lalu.

Jabat Perak membuat laporan kerana menganggap Lee menghina Islam dengan membuat tafsiran sendiri ayat al-Quran, sekali gus menyentuh isu 3R, iaitu agama, raja dan kaum.

Lee berkata, sebelum memetik ayat al-Quran menerusi video tular itu, beliau sudah merujuk pihak arif termasuk agamawan.

“Saya tak tafsir sendiri, tetapi saya menukilkan (memetik) tafsiran ayat itu yang diajarkan pihak arif dan orang alim. Bukan saja dalam hal agama Islam, sebaliknya semua topik saya hendak ulas yang bukan kepakaran saya, maka saya akan buat kajian dahulu, termasuk bertalaqi dengan orang alim dan bermuzakarah dengan beberapa ustaz.

“Namun, sekarang pula tidak boleh. Saya juga sangsi mengapa DHPP boleh saja memetik ayat al-Quran, malah melafazkannya dalam bahasa Arab, sedangkan saya hanya memetik tafsir (terjemahan) dengan tidak memetik bahasa Arab.

“Saya hendak bertanya sama ada dari DHPP, adakah laporan polis sudah dibuat juga terhadap mereka?” FMT

Howard mohon maaf selepas polis ambil keterangan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”

Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik

Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ

GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker