Tuduhan terhadap Awal Ashaari ditarik balik

Tuduhan terhadap Awal Ashaari ditarik balik

Pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari bersyukur apabila pertuduhan melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara tahun lalu ditarik balik Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Awal berkata, selepas hampir setahun kes terbabit berlangsung, ia akhirnya menemui titik noktah.



“Alhamdulillah, hari yang baik buat kami semua. Selepas sekian lama, kes saya selesai kerana pertuduhan terhadap saya ditarik balik di mahkamah pagi ini.

“Terima kasih kepada semua, semoga Allah merahmati kita semua,” katanya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram, hari ini.

Menurut Awal, dia juga merakamkan rasa terima kasih kepada peguamnya, Datuk M Reza Hassan kerana sentiasa memberikan khidmat bantuan terbaik.

“Kepada Datuk Reza Hassan terima kasih kerana sentiasa ada di belakang saya,” katanya.



Perkongsian Awal di Instagram turut mendapat emoji cinta daripada isterinya yang juga selebriti terkenal, Scha Al Yahya.

Pada 17 Mei tahun lalu, Awal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret terhadap pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan terbabit.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan perbuatan itu di pondok pengawal Challis Damansara, Jalan PJU 3/30, Sunway Damansara dengan nilai kerugian dianggar RM600 pada jam 11.30 pagi, 16 April tahun lalu.

Pengacara itu didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat yang memperuntuk hukuman penjara tidak kurang setahun atau tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. HM



Tuduhan terhadap Awal Ashaari ditarik balik

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang



Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah



Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker