Syafeek Ikhwan diganggu kaum sejenis

Syafeek Ikhwan diganggu kaum sejenis

Penyanyi Syafeek Ikhwan memberitahu dia menjadi mangsa gangguan seksual beberapa individu tidak dikenali menerusi laman sosial miliknya.

Menurut Syafeek, mereka tidak berasa malu dan memintanya untuk melakukan perbuatan sumbang.



Ketika ditemu bual bersama OhBulan!, juara ‘Lagu Cinta Kita Musim Ketiga’ ini berkata, ada segelintir sanggup membayarnya dengan jumlah wang yang banyak demi mendapat perhatian daripadanya.

Saya tiada niat nak besarkan isu ini. Niat asal nak bagi peringatan pada semua orang yang suka membuat gangguan seperti ini. Pada masa yang sama, saya nak bagitahu pada orang lain yang pernah kena benda sama bahawa mereka tidak keseorangan. Saya rasa terkesan dengan perkara sebegini. Jadi sedih, murung dan overthinking.

Saya tak mahu orang lain jadi macam itu disebabkan perbuatan sesetengah manusia macam ni. Banyak kali individu tersebut mesej benda yang sama sampailah saya balas minta RM10k. Saya rasa menyampah kerana dia ulang mesej yang sama. Saya respon macam itu sebab nak suruh dia diam dan stop. Saya sedih bila terfikir orang rasa saya akan buat benda macam itu untuk mendapatkan wang.

Tambah pelantun suara ‘Lafaz’ ini, bukan semua orang terdesak dan mudah terpedaya hanya ditawarkan wang dengan cara mudah.



Terdahulu, menerusi tangkap layar perbualan yang dikongsi, seorang individu secara berterusan mengganggu Syafeek dengan menghantar pelbagai mesej termasuk berbaur gangguan seksual terhadapnya.

Bukan itu sahaja, individu tersebut sanggup membayar RM10,000 seperti diminta dengan harapan semua permintaannya dipenuhi.

Disoal mengenai perkembangan terkini, Syafeek berkata dia bakal mengadakan Konsert ‘An Intimate Evening with Syafeek Ikhwan’ di Kelab Shah Alam pada 21 Oktober depan. Ujar Syafeekm konsert ini dianjurkan @krayon4society untuk mengumpul dana bagi menyokong kerja-kerja yang akan memanfaatkan para pejuang kesihatan mental di Malaysia di samping memberi kesedaran kepada semua yang hadir tentang isu kesihatan mental yang semakin hari semakin membimbangkan.

Pada malam itu nanti, akan ada slot perkongsian survivor, selingan tayangan video ringkas dan sebagainya. Semestinya paling utama, Syafeek akan membuat persembahan selama hampir 2 jam untuk anda semua.



Tiket adalah termasuk full course dinner and event merchandises. Sokongan anda untuk konsert ini amat bermakna. Harap jumpa di sana nanti. Korang nak beli boleh klik link di IG story Syafeek.

Syafeek Ikhwan diganggu kaum sejenis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Mana Malique sembunyi?

Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania



Aslam, jom jumpa

Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker