Penyondol mahu runtuhkan rumah tangga saya – Azlan Komeng

Penyondol mahu runtuhkan rumah tangga saya – Azlan Komeng

Pelakon Azlan Komeng tidak pernah menyalahkan isterinya, Nur Nilam Ortiz atas pendedahan video intim bersama bekas skandal sehingga tular di aplikasi TikTok, baru-baru ini.

Azlan berkata, dia tidak seronok apabila dihimpit kontroversi dan tak suka orang campur urusan peribadi.



“Perkara ini bukan suka-suka, kami hadapi sebab terpaksa. Pada masa sama, saya kena hormat perasaan isteri.

“Kalau orang lelaki, perkara seperti ini tidak ambil tahu sangat. Isteri juga cuba tidak memburukkan nama saya.

“Tetapi, apabila saya tengok dan baca apa yang dihantar dan disebut (orang ketiga) kepada isteri, saya fikir, dia melampau.

“Saya tidak kata semuanya saya betul. Cuma, dalam perbuatan orang ketiga yang menganiaya kami, memang salah dia,” katanya.



Mengulas niat orang ketiga, Azlan berkata, dia memang mahu runtuhkan rumah tangganya.

“Saya fikir dia seperti berdendam dengan saya. Soal dendam ini, saya mahu jelaskan, biarpun pada mulanya, saya tidak mahu memanjangkan perkara ini.

“Secara ringkasnya, pada mulanya, saya sudah putuskan bersama orang ketiga itu.

“Saya tahu apa yang saya buat. Saya tak cakap apa yang saya buat betul… Tahulah dunia artis ini.



“Sebelum adanya isteri, saya sudah tinggal dan putuskan semua perhubungan, baik dengan bekas isteri dan gadis lain.

“Niat saya mahu cuci tangan. Sudah tua, tak payah buat perangai,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, Allah beri ujian ketika dirinya mahu berubah.

“Saya reda dan terima. Cuma apa yang dia buat kepada saya, sangat melampau.



“Kita sebenarnya sudah berjumpa dan berdepan, iaitu sejak awal-awal saya berkahwin dengan isteri sekarang.

“Dia pun cakap kalau kami sudah berkahwin, tidak mengapalah. Rupa-rupanya dia berdendam di belakang,” katanya,

Azlan berkata, dia dikritik teruk selepas isteri muat naik hantaran di laman sosial.

“Kadang-kadang, kita muat naik di laman sosial untuk beri kesedaran kepada orang ramai.



“Apabila orang cakap isteri buka aib suami, saya terima semua itu sebagai sesuatu yang positif.

“Saya tahu ini membabitkan nama baik saya. Pada masa sama, saya mengaku ada salah… Saya terima.

“Tetapi pada sudut lain, kita kena faham isteri kita juga berdepan tekanan.

“Kadang-kadang mereka mahu bercakap kerana ingin meluahkan perasaan.



“Tetapi, isteri tidak berniat menjatuhkan saya. Saya pun terkejut apabila isteri saya muat naik, rupanya, ramai isteri yang menanggung keperitan jiwa kerana perangai suami.

“Perkara yang saya lakukan sudah berlalu, bukan sekarang. Tetapi yang datang mengadu adalah orang yang sedang berdepan perkara itu,” katanya.

Tambah Azlan, dia fikir tidak wajar untuknya meminta maaf.

“Saya tidak boleh mengaku salah terhadap perkara yang saya tidak buat salah.

“Jadi, saya tidak akan peduli. Saya tetap lawan dan pertahankan isteri saya.

“Apa yang kami fikir boleh dikongsi, kami ceritakan supaya jadi pengajaran. Kami juga dapatkan khidmat nasihat peguam,” katanya.

Katanya, secara umumnya, dia harap semua orang janganlah buat jahat, biarpun atas kejahatan yang dirinya lakukan sebelum ini.

“Kepada lelaki lain, janganlah berbuat jahat kepada isteri. Saya berharap orang ramai berhati-hati.

“Saya tidak mahu orang takut dengan ancaman mistik dan individu seperti ini (orang ketiga).

“Untuk apa saya takut dengan perkara mistik? Alhamdulillah, setakat ini semuanya tidak beri kesan kepada kerja berikutan majoriti orang faham,” katanya.

Azlan dan Nur Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari tahun lalu.

Pasangan ini sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan pada Mei lalu berikutan diganggu pihak ketiga dan kes masih disiasat. BH

Penyondol mahu runtuhkan rumah tangga saya – Azlan Komeng

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?

Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Aslam, jom jumpa

Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker