Bibir Iman Troye dah macam bibir Vida

Bibir Iman Troye dah macam bibir Vida

Penyanyi Iman Troye, 20, terbuka dengan pandangan segelintir netizen yang menyamakan wajahnya dengan usahawan popular, Datuk Seri Vida.

Secara peribadi, Iman berkata, dia melihat wajahnya dan usahawan itu berbeza, namun tetap menyambut baik pendapat orang ramai.



“Oh mama (Vida) saya. Memang saya perasan ramai yang kata muka kami sama. Kadang-kadang bila saya jumpa beliau, saya memanggilnya mama, sudah seperti anak beranak.

“Tetapi, saya sendiri lihat wajah kami tidak sama, namun kalau orang lain nampak sama terserahlah. Sebab mata orang berbeza-beza.

“Saya terima sahaja pendapat orang. Saya suka duduk dengan beliau sebab sangat baik, jadi tiada masalah,” katanya kepada BH Online.

Iman berkongsi perasaannya ketika ditemui pada Majlis Pengiktirafan Malaysia Book of Records Most Straight A’s SPM Student In Tuition Centre yang berlangsung di IDCC, di sini, petang tadi.



Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Teman itu turut memuji peribadi usahawan tersebut yang disifatkan sangat peramah.

Ditanya bahagian manakah dikatakan sama dengan wajah Vida, Iman berseloroh menjawab di bahagian bibir.

“Mungkin bibir buat kami nampak saya. Semoga mama Vida sihat selalu. Saya sayang mama, jadi saya jujurnya tak kisah orang nak samakan wajah kami.

“Kalau mama Vida comel, saya comel jugalah,” katanya.



Sementara itu, Iman yang juga duta bagi pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI, seronok melihat ramai pelajar didikan pusat itu berjaya mencapai keputusan cemerlang menerusi SPM, baru-baru ini.

Iman yang bergelar duta sejak September 2021 berkata, dia menyokong anak-anak muda berjaya dalam pengajian.

“Tugas saya di PTTI sebagai ikon dan duta, jadi saya banyak terbabit dengan siri jelajah yang dilakukan di seluruh negara. Saya pun pernah berada di kerusi adik-adik yang sebagai pelajar SPM, jadi kehadiran saya untuk menghiburkan memberi semangat kepada mereka untuk belajar.

“Saya bersama MK K-Clique berkongsi banyak perkara bersama mereka. Jujurnya, zaman saya dahulu tiada PTTI, sekarang ini nak tuisyen pun semuanya mudah, ada dalam talian sahaja.



“Jadi, saya sangat mengalu-alukan pelajar menyertai PPTI kerana sudah terbukti ramai pelajar yang terbabit dapat keputusan cemerlang,” katanya. BH

Bibir Iman Troye dah macam bibir Vida

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta



Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker