Muhyiddin patut arah menantu pulang bantu siasatan
Muhyiddin patut arah menantu pulang bantu siasatan
Seorang pemimpin Umno menggesa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menunjukkan teladan baik dengan mengarahkan menantunya pulang untuk membantu siasatan kes rasuah.
Ahli Majlis Kerja Tertingginya Mohd Puad Zarkashi berkata pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu tidak perlu memberi alasan dan takut jika yakin menantunya Muhammad Adlan Berhan yang berada di luar negara sejak Mei lalu tidak bersalah.
“Sepatutnya Muhyiddin dengan slogan PN Best tunjuk teladan baik. Dia masih mahu jadi PM? Suruhlah menantu balik, takut apa kalau tak bersalah.
“Pernahkan anak-anak bekas PM melarikan diri?,” katanya di Facebook sambil mencabar Muhyiddin membuat kenyataan terbuka mengenainya.
Minggu lalu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan Adlan bersama peguam Mansoor Saat kini dalam senarai Notis Merah Interpol untuk mendapat kerjasama antarabangsa bagi membawa pulang kedua-duanya.
Adlan dan peguam Mansoor Saat dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan sebuah projek membabitkan pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan data biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.
Tetapi, Adlan dan Mansoor kemudiannya mengeluarkan kenyataan melalui peguam menafikan mereka melarikan diri daripada undang-undang.
Adlan melalui peguamnya Baljit Singh Sindhu berkata beliau akan kembali ke Malaysia untuk membantu SPRM dengan sebarang siasatan selagi “unsur ancaman dan penganiayaan dihapuskan”. FMT
Muhyiddin patut arah menantu pulang bantu siasatan
Baca Artikel Menarik:
- Rosyam Nor tanam rambut rupanya
- Pak Mail amat sayangkan Muhyiddin dengan Hadi
- Kalau macam ini pemikirannya, carilah pengganti lain – Akmal
- Sharifah Sakinah sedang bercinta dengan lelaki berpengaruh besar
- Pensyarah rogol pelajar berkali-kali
- Azwan Ali disihir, badan rasa seperti dibakar
- Surat tunjuk sebab kepada Jailani akan dikeluarkan – Asyraf
- Suami Nad Zainal bersuara
- Nak kecam silakan – Baby Shima
- Giliran Amirudin tertawakan Sanusi
- Zahid kini diangkat sebagai ‘Ayahanda’ Wanita UMNO
- Jangan kusutkan otak fikir kenapa – Nad Zainal
- Najib Perdana Menteri paling popular di Facebook
- ‘Panglima Terengganu’ pertahan Zahid, “Kita kejar PRU16”
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan