Kejohanan Dunia: Ee Yi-Yew Sin, Pearly-Thinaah tempah slot pusingan ketiga

Beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dipaksa bermandi peluh sebelum mengesahkan tempat ke pusingan ketiga pada Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark.

Pada pusingan kedua yang berlangsung di Royal Arena sebentar tadi, Ee Yi-Yew Sin terpaksa mengerah kudrat apabila diheret bermain sehingga ke set ketiga sebelum menang 21-16, 18-21, 21-12 ke atas beregu Thailand, Pharanyu Kaosamaang-Worrapol Thongsa-Nga.

Turun sebagai pilihan ketujuh, mata pastinya tertumpu ke arah beregu negara itu, lebih-lebih lagi mereka pernah meraih pingat gangsa ketika beraksi pada Kejohanan Dunia 2021 di Huelva, Sepanyol.

“Apa yang penting untuk kami adalah tampilkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan selain mengharapkan keputusan positif. Sudah tentu kami gembira dengan aksi sendiri di atas gelanggang kerana kami percaya antara satu sama lain.

“Selain itu, kami percaya dengan yang kami mahu lakukan setiap kali masuk ke dalam gelanggang. Saya percaya aksi selepas ini akan lebih sukar, jadi kami perlu bersedia dan rehat secukupnya,” kata Yew Sin selepas tamat perlawanan.

Menjelang aksi pusingan ketiga nanti, beregu No.8 dunia itu akan menantikan pemenang antara beregu Scotland, Alexander Dunn-Adam Hall menentang pasangan tuan rumah, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Pada edisi tahun lalu yang berlangsung di Tokyo, Jepun, Ee Yi-Yew Sin hanya menamatkan saingan di pusingan kedua apabila tewas 20-22, 20-22 kepada beregu Singapura, Terry Hee-Loh Kean Hean

Pada masa yang sama beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah menepati ramalan layak ke pusingan ketiga pada Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark selepas menewaskan wakil Scotland, Julie Macpherson-Ciara Torrance.

Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Royal Arena sebentar tadi, gandingan No.11 dunia itu tidak berdepan banyak masalah untuk menewaskan Macpherson-Torrance dengan aksi straight set 21-15, 21-10 dalam tempoh 33 minit.

Walaupun pada awal set pertama, beregu Scotland itu seperti cuba untuk melakar kejutan, namun Pearly-Thinaah kembali memperkemaskan permainan sebelum memastikan slot ke pusingan ketiga menjadi milik mereka.

Kemenangan itu menyaksikan Pearly-Thinaah mengulangi pencapaian tahun lalu apabila mara ke pusingan ketiga sebelum akur dengan kekalahan 16-21, 16-21 kepada jaguh Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.

Menjelang pusingan ketiga yang dijadualkan berlangsung esok, pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu akan bertemu beregu Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara.

Satu lagi beregu wanita negara, Anna Cheong-Teoh Mei Xing yang melakukan penampilan kedua pada edisi kali ini tidak dapat mengiringi Pearly-Thinaah ke pusingan ketiga selepas tewas 13-21, 11-21 kepada wakil Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sajat sekolahkan Abang Tesla, terkedu dibuatnya

Isteri kedua Abang Tesla kena ‘sound’ dengan Noorkhiriah

10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]

Fasha Sandha galak bergoyang lepas ramping?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker