Safwan menangis isteri keguguran ketika ‘shooting’ filem Malbatt: Misi Bakara

Safwan menangis isteri keguguran ketika ‘shooting’ filem Malbatt: Misi Bakara

Pelakon Safwan Nazri, 28, tidak sangka keterujaan beraksi dengan pelakon ‘otai’ dalam filem Malbatt: Misi Bakara bertukar sedih apabila isteri, Fathin Nur Amalina Khairul, keguguran ketika sedang menjalani penggambaran di Turkiye.

Safwan memberitahu, dia mula risau apabila setibanya di Jeddah, iaitu ketika dalam perjalanan ke Turkiye, dia mendapat berita isterinya yang hamil buat kali pertama, turun darah.



“Dalam teruja kali pertama berlakon filem di luar negara dengan dikelilingi pelakon hebat, emosi bertukar sebaik dapat berita kandungan isteri bermasalah.

“Sepanjang di Turkiye, saya tidak putus berdoa agar kandungan isteri diselamatkan. Setiap kali berkunjung ke masjid, itu sahaja doa yang saya mohon.

“Bukan meratap, sebaliknya, saya hanya bergantung kepada Allah,” katanya.

Safwan berkata, tujuh hari selepas mengalami pendarahan, isterinya keguguran dengan kandungan tidak dapat diselamatkan.



“Ketika dapat berita itu, saya sedang makan. Saya menangis semahunya. Tidak tahu macam mana hendak gambarkan perasaan ketika itu,” katanya yang membawa watak Prebet Isa dalam filem Malbatt: Misi Bakara.

Safwan mengaku hampir membuat keputusan menarik diri daripada filem sulung lakonannya itu. Namun, atas nasihat ibu bapa, hasrat itu dibatalkan.

“Saya beritahu salah seorang pelakon Taufik Hanafi mengenai hasrat untuk pulang ke tanah air dan temani isteri.

“Ketika itu, saya sudah tiada hati untuk teruskan penggambaran. Taufiq beritahu, terpulanglah kepada saya.



“Namun, ibu bapa halang. Mereka beritahu, kalau saya pulang sekalipun, tiada apa yang saya boleh buat,” katanya.

Safwan berkata, pelakon lain termasuk pengarah, Adrian Teh sentiasa menemani dan memberi kata semangat sepanjang berada di Turkiye.

“Mereka menghiburkan saya dalam tempoh sukar itu. Siapa yang tidak sedih. Tidak sangka isteri boleh keguguran sedangkan kandungan sudah masuk empat bulan,” katanya.

Namun, Safwan berkata, pemergian anak sulung diberi nama Mohd Kaif membantunya menghayati watak Prebet Isa yang digambarkan sedih apabila terpaksa berjauhan daripada keluarga.



“Dalam salah satu babak filem itu, saya perlu menangis ketika hubungi isteri dan anak-anak yang berada di tanah air.

“Oleh kerana baru kehilangan bayi, jadi tidak sampai berapa saat saya boleh menitiskan air mata. Saya hanya bayangkan bayi kami Mohd Kaif untuk lakonkan babak itu,” katanya.

Safwan bagaimanapun bersyukur Fathin hamil sekali lagi, tahun lalu, dan mereka menimang cahaya mata kedua, Cinta Sofia yang sudah berusia enam bulan. BH

Safwan menangis isteri keguguran ketika ‘shooting’ filem Malbatt: Misi Bakara



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Beberapa pihak cepat melompat macam kera suka seolah-olah kami gagal – TMJ



Caprice kata ‘kamu ingat Kerajaan Malaysia macam spender’

Hairul Azreen berhenti berlakon

Gugurnya Air Mata Khai Bahar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker