A GREAT LEADER IS A GREAT FOLLOWER – DR. RAMALAN YUNUS
A GREAT LEADER IS A GREAT FOLLOWER – DR. RAMALAN YUNUS
Terlebih dahulu saya ingin memaklumkan kepada para pembaca saya bahawa saya bukan siapa-siapa. Saya hanya seorang usahawan biasa sahaja. Saya bukan pengikut tegar mana-mana pemimpin atau mana-mana parti politik di negara ini.
Saya sekadar seseorang yang suka mengamati kehidupan dan setiap aspek kehidupan itu sendiri. Saya menulis kerana ingin melihat rakyat negara ini bernegara dengan cara yang betul berdasarkan kepada Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.
Berpolitik dengan menggunakan akal sihat. Bukan dengan sentimen dan emosi. Berargumentasi dengan menggunakan logik yang bersandarkan kepada wahyu, sunnah, qiyas dan ijmak para ulama. Itu yang dituntut dan dikehendaki oleh Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam sebuah negara yang mengaku sebagai negara Islam sudah pasti cara hidup dalam bernegara harus mengikuti syariat Islam. Saya tidak pernah menulis sebelum ini namun pasca PRU-14, apabila saya melihat bagaimana jijiknya perilaku para elit politik, itu yang membuatkan saya terpanggil untuk menulis.
Pasti kita semua ingat bagaimana sebilangan Ahli-ahli Parlimen kita bersikap seperti pelacur yang menjual maruah dan prinsip perjuangan untuk kepentingan peribadi mereka.
Sebagai rakyat kita dimomokkan dengan perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negara tetapi di belakang layar berlaku transaksi jual beli kerusi yang diamanahkan oleh rakyat. Kalau pelacur menjual harga diri demi sesuap nasi tetapi kalau politikus menjual amanah rakyat kerana apa?
Hari ini orang yang menjadi saudagar besar dalam transaksi jual beli amanah rakyat mahu menjadi juara untuk membela nasib orang Melayu yang kononnya sedang terancam di negara sendiri. Marah dengan DAP tetapi mengapi-apikan orang Melayu supaya benci dengan UMNO?
Berapa kerusi DAP yang telah berjaya dirampas oleh PAS atau Bersatu? Berapa pula kerusi UMNO yang telah berjaya dirampas oleh PAS atau Bersatu? Atas sebab itu saya nyatakan kepada semua bahawa penyatuan Melayu versi PAS dan Bersatu itu cacat logiknya.
Perjuangan membela Islam versi PAS dan Bersatu itu sebenarnya membela PAS. Adakah para pemimpin seperti ini yang mahu dijadikan ikutan?
Saya membela Kerajaan Perpaduan kerana menjunjung titah Tuanku yang menjadi Ulil Amri bagi negara ini. Inilah penguasa dan pemimpin yang sah bagi negara ini dan wajib kita ikuti sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia.
Saya bela UMNO kerana itulah organisasi orang Melayu yang telah membebaskan tanah air ini dari cengkaman Malayan Union. Sehingga ke hari ini UMNO kekal relevan dalam arena politik negara.
Mungkin PAS sudah lupa bahawa sewaktu bersama UMNO mereka turut berkuasa di peringkat pusat. Tetapi apabila mereka bersama Bersatu mereka kehilangan kuasa di peringkat pusat. Kini, Bersatu ibarat lukut di tepi gantang dalam Perikatan Nasional. Buktinya berapa ramai Exco di Kedah, Terengganu dan Kelantan dari Bersatu?
Baik PAS mahupun Bersatu belum layak menjadi pemimpin politik di Malaysia. Terbukti mereka masing-masing hanya pentingkan diri sahaja. Jadi kepada seluruh ahli-ahli UMNO bersatulah di bawah Presiden UMNO. Tidak ada parti politik yang lebih baik selain UMNO.
Kepada sayap Pemuda, Wanita dan Puteri bangkit dan pertahankan Presiden UMNO. Kepada Pemuda UMNO, bangkit dan pertahankan Presiden UMNO bukan beri amaran kepada Presiden UMNO. Itu biadab namanya.
Kalau setakat mahu mendesak Presiden UMNO letak jawatan, itu perkara mudah. Tidak perlu jadi Ketua Pemuda, Wanita atau Puteri. Mahu bela Presiden UMNO itu yang susah. Itu perlukan keberanian dan kecerdasan yang bukan sedikit.
Namun di situlah peluang untuk mengasah bakat kepemimpinan sebagai seorang ahli politik.
Saranan saya, Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO harus menjadi “rubber stamp” kepada setiap dasar dan keputusan Presiden dan Majlis Tertinggi UMNO. Kalau bukan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO lalu siapa lagi? Tidak mungkin PAS dan Bersatu?
Ahli-ahli UMNO perlu sedar bahawa UMNO hari ini sedang mengalami proses detoksifikasi. Ini proses biasa bagi sebuah organisasi yang mempunyai sejarah yang panjang seperti UMNO. Ia satu proses untuk mengeluarkan segala toksid yang ada dalam batang tubuh UMNO.
Jadi bersabar dan bangkit kembali bersama-sama dengan Presiden UMNO. Beliau seorang pemimpin yang hebat. Kalau tidak hebat mana mungkin beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam keadaan partinya berprestasi buruk.
Pasti ada sesuatu hikmah yang ingin disampaikan oleh Allah SWT kepada kita semua melalui beliau. Saya doakan semoga kesabaran dan usaha kita ini akan menjadi asbab kepada kita semua untuk menjadi semakin dekat dan makrifat kepada Allah SWT. EM
Dato’ Dr Ramalan Yunus
Penganalisis politik & ekonomi bebas
A GREAT LEADER IS A GREAT FOLLOWER – DR. RAMALAN YUNUS
Baca Artikel Menarik:
- Razlan nasihat Isham jadi matang dan jangan terburu-buru
- Akmal ‘budak’ Hisham, ini respon tuan punya badan
- Rider nahas pesawat terhempas dalam perjalanan hantar sup gearbox
- Pemain bola sepak tempatan dituntut bayar hutang RM100,000 (Video)
- Semua jenazah mangsa nahas pesawat di Elmina tidak sempurna
- Pesawat melencong sebelum terhempas
- ‘Baru Lepas Jumpa’ – Remy Ishak Sedih Dengan Berita Pemergian Pilot
- Foto kenangan terakhir sebelum nahas
- Video pesawat terhempas didedahkan, bukan tragedi pertama di Elmina [VIDEO]
- Vincent Tan peroleh perintah sekatan sementara terhadap Sanusi
- Isu Ambalat, Hajiji jawab tuduhan Adun Tungku
- Balik saja, jangan banyak alasan – Azam Baki
- Sajat Dicekup Polis Australia?
- Mimi Lana gila perhatian?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)
Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)
You must be logged in to post a comment.