3,495 undi pos dibawa pulang bakal jadi milik siapa?

VoteMalaysia hari ini berkata ia telah membawa balik sejumlah 3,495 kertas undi daripada pengundi pos luar negara untuk enam pilihan raya negeri (PRN).

Penyelarasnya Diffan Sina mendedahkan jumlah ini bersamaan 43.8 peratus daripada 7,972 pengundi pos yang telah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Undi itu dibawa sendiri oleh sukarelawan pergerakan itu dalam penerbangan penumpang dari seluruh dunia.



Undi kemudiannya disusun di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) sebelum dihantar ke 245 kerusi DUN dan satu kerusi parlimen.

Diffan turut menyatakan Selangor mencatatkan undi pos tertinggi iaitu sebanyak 1,887 kertas undi manakala Terengganu paling rendah iaitu hanya 60 kertas.

“Terima kasih kepada sukarelawan pergerakan di seluruh dunia, kita dapat membawa pulang kertas undi itu tepat pada masanya sebelum hari pengundian esok.

“Undi kemudian akan dihantar ke negeri masing-masing selewat-lewatnya 5 petang hari ini, bermula dengan Kelantan dan Terengganu,” kata Diffan kepada media di KLSCAH hari ini.



Selain itu, salah seorang rakan usaha sama pergerakan itu, 1Third Media, menyatakan bahawa hampir 20 peratus (1,511) daripada undi datang dari Singapura.

Pergerakan VoteMalaysia ditubuhkan pada September tahun lalu oleh Undi18 sebagai tindak balas kepada kelemahan dalam sistem undi pos SPR semasa pilihan raya umum (PRU) 2018 serta pilihan raya negeri Johor tahun lepas.

Pada PRU ke-15 (PRU15), VoteMalaysia berjaya menyampaikan 35,092 undi pos, iaitu 73 peratus daripada semua yang mendaftar untuk mengundi di luar negara pada pilihan raya November lalu.

Sementara itu, pengarah advokasi Undi18 Tharma Pillai mengulangi gesaan agar SPR memperbaharui sistem undi pos.



Jelasnya, antara isu yang dihadapi pengundi luar negara termasuk menerima kertas undi mereka sehari sebelum atau selepas hari pengundian.

Dia juga mengulangi bahawa jika sistem SPR telah ditambah baik untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia di luar negara, VoteMalaysia akan menghentikan operasinya selepas PRU15.

“Kita tidak sepatutnya melakukan ini lagi.

“SPR tetap membisu terhadap cadangan penambahbaikan yang telah diberikan oleh kita malah daripada ramai rakyat Malaysia di dalam dan luar negara.



“Saya menyeru agar kerajaan juga melakukan sesuatu untuk membetulkan sistem… demokrasi harus boleh diakses dan fleksibel untuk semua rakyat Malaysia,” kata Tharma.

Dia turut melahirkan rasa terima kasih kepada KLSCAH kerana menawarkan tempat sebagai pusat menyusun kertas undi sekali lagi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati

Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker