Bunuh adik kemudian palsukan punca kematian

Bunuh adik kemudian palsukan punca kematian

KULIM: Tindakan dua beradik memalsukan kematian seorang saudara mereka akhirnya terbongkar apabila kejadian itu rupa-rupanya adalah kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd. Redzuan Salleh berkata, kejadian di Taman Seri Mahkota, di sini, semalam terbongkar selepas polis menjalankan siasatan setelah menerima laporan daripada salah seorang suspek.



Katanya, kira-kira pukul 12.30 tengah hari, abang mangsa yang berusia 26 tahun membuat laporan kematian adik lelakinya berusia 21 tahun pada pukul 10.10 pagi yang kononnya disebabkan terjatuh semasa sedang bekerja di sebuah kandang kambing.

“Pengadu terlebih dahulu membawa mangsa ke Hospital Kulim untuk rawatan sebelum disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Bagaimanapun ketika mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat mendapati punca kematian akibat tikaman di jantung,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Redzuan, hasil siasatan lanjut mendapati telah berlaku pertengkaran dan pergelutan antara mangsa dengan seorang lagi adiknya yang berusia 18 tahun.



“Polis telah menahan dua beradik terbabit yang masing-masing memiliki dua rekod berkaitan kesalahan jenayah dan dadah. Punca sebenar dan senjata yang digunakan dalam kejadian itu masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 14 Ogos depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Utusan

Bunuh adik kemudian palsukan punca kematian

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Enot dedah dakwaan berkahwin dengan pengkid

Rakan pelawak ‘kahwin’ pengkid, Didie Alias sebak



Bukan saya nak buka aib Enot – Didie luah perasaan

Kenapa saya diceraikan – Adibah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker