Vanessa ‘meletup’ di China

Vanessa ‘meletup’ di China

Penyanyi tanah air, Vanessa Reynauld, 23, mendapat tumpuan luar biasa di China dan Malaysia selepas persembahan cemerlangnya ketika peringkat ‘Blind Audition’ program Sing! China 2023, yang ditayangkan Jumaat lalu.

Vanessa berkata, dia tidak sangka empat mentor program terbabit iaitu Emil Chau, Joker Xue, Will Pan dan Henry Lau berpusing dari kerusi kerana nyanyian hebat dipamerkan.



“Sebenarnya saya tidak letakkan harapan yang tinggi. Saya cuma nak berikan persembahan terbaik yang memuaskan hati supaya tidak menyesal walaupun tiada seorang mentor pun berpusing.

“Kini, harapan saya sudah tercapai dengan sambutan luar biasa itu kerana ramai mula kenal dan pandang bakat saya. Tapi bila tengok sokongan padu khususnya peminat Malaysia, saya tambah semangat nak melangkah ke pentas akhir,” katanya.

Dalam pada itu, Vanessa mengakui dia berdepan dilema memilih mentor tepat untuknya sama ada Emil atau Henry. Namun, ada sebab kukuh dia akhirnya memilih Emil.

“Awalnya saya tak menetapkan mana satu mentor yang saya benar-benar nak pilih. Saya nak rasa sendiri atas pentas kesungguhan setiap mentor untuk merekrut saya.



“Ada juga rasa nak Henry sebab dengannya mungkin saya boleh cuba pelbagai genre lagu. Tapi akhirnya saya pilih Emil demi kebaikan kerana dia memang cukup berpengaruh dan tepat membimbing genre nyanyian balada saya,” katanya.

Penyanyi lagu Igau itu juga tidak menafikan dia kena menahan keterujaannya apabila melihat mentor satu-persatu berpusing untuk mengetahui siapa dirinya.

“Oleh kerana lagu itu menuntut emosi, saya kena pastikan menahan diri daripada terlalu teruja apabila satu-persatu mentor berpusing. Saya takut jika nyanyian saya terganggu,” katanya.

Sementara itu, Vanessa juga seronok apabila akaun media sosialnya, Touyin yang khusus di China saja terus meningkat kepada lebih 30,000 pengikut.



Program terbabit yang berlangsung Huzhou, Shanghai masih berlangsung di peringkat ‘Blind Audition’.

Video nyanyian Vanessa yang memberi nafas baharu lagu Riding With The Wind nyanyian asal David Huang di YouTube mendapat tontonan tertinggi untuk episod kedua iaitu lebih 200,000 dalam tempoh dua hari. HM

Vanessa ‘meletup’ di China

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai

Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?



Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’

Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker