Upah penjenayah rompak isteri sendiri
Upah penjenayah rompak isteri sendiri
Seorang lelaki disyaki mengupah tiga penjenayah untuk merompak barang kemas isterinya yang dianggarkan mencecah nilai RM16,000, bagi membolehkannya membuat tuntutan insurans.
Kejadian itu terbongkar selepas polis menahan tiga lelaki, termasuk seorang warga asing yang disyaki menyamun mangsa di kediamannya di Taman Hijau, Karak, Bentong, Pahang, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata insiden berlaku jam 3.05 petang ketika wanita berusia 42 tahun itu bersendirian di kediaman kerana ibu dan anaknya bertandang ke rumah seorang saudara mereka.
Ketika itu, beliau berkata, suami mangsa juga tiada di rumah dan dikata melakukan kerja amal di sebuah kuil di Karak, Bentong.
“Tiba-tiba, datang tiga lelaki tidak dikenali dengan memakai topeng dan mengacukan parang ke arah mangsa sebelum menggeledah rumah.
“Ketiga-tiga suspek itu kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta Perodua Alza yang diletakkan di hadapan rumah, bersama sejumlah barang kemas dianggarkan bernilai RM16,000 milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Hasil maklumat diperoleh, Zaiham berkata, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, dengan bantuan anggota IPD Nilai, Negeri Sembilan, berjaya memberkas tiga suspek di Nilai.
“Tiga suspek membabitkan dua lelaki tempatan berusia 33 tahun dan seorang warga asing berumur 24 tahun, ditahan pada jam 9.30 malam hari kejadian.
“Kenderaan dipercayai digunakan ketika kejadian turut dirampas. Hasil semakan mendapati dua suspek warga tempatan berkenaan mempunyai rekod lampau berkaitan kes rompak,” katanya.
Beliau berkata, hasil soal siasat terhadap suspek mendapati suami mangsa disyaki menjadi dalang utama kes rompakan itu bagi tujuan tuntutan insurans.
“Susulan itu, kita menahan suami mangsa yang berusia 47 tahun untuk membantu siasatan. Semua suspek kini direman tujuh hari hingga 24 Julai ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan, iaitu rompak berkumpulan menggunakan senjata,” katanya. BH
Upah penjenayah rompak isteri sendiri
Baca Artikel Menarik:
- Anwar ulas kes Sanusi
- SPRM kena siasat penamatan LOI semasa Muhyiddin jadi PM
- MCA-MIC berisiko lenyap dengan langkah hanya sokong Umno
- Kamu tahu apa, Zahid bidas Annuar
- Sanusi didakwa sebab PRN – Awang Hashim
- Fadhlina beri 24 jam mohon maaf atau disaman
- Tuduhan pertikai titah Agong, Sanusi juga mengaku tidak bersalah
- MB Kedah ditahan jam 3 pagi dan akan didakwa hari ini [VIDEO]
- Biadap! Lelaki mandi telanjang di kolam air pancut awam
- Lelaki kurung ibu di bilik tidur, tetak dua anggota polis
- Wanita ditimpa meteorit semasa minum kopi di luar rumah
- Kes Dea Maisarah: ‘Saya reda, tetapi kami nak rungkai kebenaran’ – Bapa
- Perebutan DUN Lenggeng: Anwar menyebelahi PH atau BN? Tunggu mengumuman..
- ‘Sanusi tak layak jadi MB, eloklah bersara’ – Anak bekas Presiden PAS
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed
Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)
You must be logged in to post a comment.