Datuk Abdul Latif berjaya tuai emas di Paris, layak ke Paralimpik 2024

KUALA LUMPUR: Jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly menempah slot secara merit ke Sukan Paralimpik 2024 selepas menjuarai kategori T20 (kecacatan intelektual) pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2023 di Paris hari ini.

Abdul Latif menjadi atlet para kedua layak ke Paris selepas Muhammad Ziyad Zolkefli yang meraih pingat perak acara lontar peluru kategori F20 (kecacatan intelektual), mengesahkan tempat pada Jumaat lepas.

Pada aksi final lompat jauh T20 berlangsung di Stadium Charlety, atlet berusia 26 tahun itu melakukan lompatan sejauh 7.40 meter (m) pada percubaan kedua, mengatasi rekod kejohanan 7.39m yang dilakukan Ranki Oberai dari Belanda pada edisi Dubai 2019.



Abdul Latif mengulangi pencapaian pingat emas dimenanginya pada tahun 2015 di Doha dan 2017 di London sebelum terpaksa berpuas hati dengan pingat perak pada tahun 2019.

Pingat perak dimenangi Noah Vucsics dari Kanada yang melakukan 7.35m manakala Athanasios Prodromou dari Greece meraih gangsa dengan 7.12m.

Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa membuat ketetapan bahawa empat atlet di kedudukan teratas pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2023 layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen undi Bell Ngasri macam YB nak pilihan raya



Rozita miliki rumah 7 bilik di London

DJ Ismahalil menangis sujud syukur, bebas, lepas edar dadah



Pelanggan ‘melompat’ bayar nasi padang harga kayangan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker