Malang nasibmu Annabella

Malang nasibmu Annabella

Ibarat jatuh ditimpa tangga. Itu nasib seorang kanak-kanak perempuan yang tidak hanya ditinggalkan ibu kandung malah bapa serta neneknya turut meninggal dunia.

Kanak-kanak terbabit, Annabella Zarra Mohd Hafiz yang kini berusia lapan tahun hilang tempat bergantung dan terpaksa diserahkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Sepang.



Pegawai Pelindung JKM Sepang, Nur IIyana Abdullah berkata, ibu kandung kanak-kanak itu yang juga warga Kemboja dikesan menghilangkan diri pada tahun 2016.

Menurutnya, kanak-kanak itu yang ketika itu berusia setahun dipelihara oleh bapanya.

“Bagaimanapun bapa kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Kanak-kanak itu kemudian dijaga oleh neneknya pada awal Januari lalu.

“Bagaimanapun nenek turut meninggal dunia sebelum Annabella dijaga oleh ibu saudaranya. Bagaimanapun ibu saudara kanak-kanak ini memohon bantuan orang ramai untuk mengesan ibu kandung Annabella Zarra,” katanya.



Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi Pejabat JKM Sepang di talian 03-87061026. HM

Malang nasibmu Annabella

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelawak wanita ‘bersuamikan’ Pengkid

Suami mati baru berkabung masa iddah – Puteri Sarah



Kalau kurus tiada bontot, suami tak suka – Almy Nadia

Sajat kau tayanglah body macam mana pun, kau tetap lelaki



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker