Yusof Haslam ‘bising’ dengan anaknya

Yusof Haslam ‘bising’ dengan anaknya

Datuk Yusof Haslam, 69, mengakui dia ‘bising’ dengan anaknya, Syafiq Yusof apabila kos filem terbaru arahan pengarah berkaliber itu, Syerif meningkat.

Yusof berkata, filem terbaru terbitan syarikatnya, Skop Productions Snd Bhd itu sepatutnya menjalani penggambaran selama 65 hari, tetapi bertambah ke 81 hari.



“Sebagai tauke, memanglah saya bising pasal duit. Duit keluar macam air untuk kos bina set seperti balai polis, bilik gangster dan banyak lagi di sebuah lokasi di Sungai Besi.

“Di situ sewa sehari saja sudah RM5,000. Penggambaran di situ saja hampir sebulan. Jadi, bayangkan jumlah wang yang perlu dibayar. Itu tak termasuk kos untuk prop dan lain-lain. Habis penggambaran barang-barang itu dibuang begitu saja,” katanya.

Bagaimanapun, Yusof akur dengan kehendak Syafiq dan bangga atas kejayaan yang ditunjukkan Syafiq sekarang.

Beliau juga akur dengan jumlah wang yang perlu dilaburkan kerana mahu menjadikannya realiti.



“Syafiq kata dia perlu melakukan yang terbaik untuk filemnya. Dia juga kata kita perlu bersaing selain memikul beban yang berat,” katanya yang mengakui Syafiq mengikut jejak abangnya, Syamsul.

Dalam pada itu, walaupun Syamsul tidak lagi menghasilkan filem bersama Skop Productions, sebagai bapa beliau mendoakan kejayaan Syamsul kerana dia membawa nama bapa dan keluarganya.

“Saya harap supaya dia kuatkan semangat. Jangan lupa asal-usul dan jangan anggap kita yang terbaik. Ini kerana kejayaan hari ini tak menjanjikan kejayaan esok.

“Maksud saya supaya dia sedar. Ada orang kata esok aku akan buat duit lagi, aku akan kaya lagi. Jangan terlalu bermewah dan berbelanja tak tentu hala. Itu bermakna kita tak mensyukuri nikmat,” katanya.



Sementara itu, bercerita mengenai filem Syerif, Yusof berkata, mereka berdepan kesukaran untuk mendapatkan judul sesuai buat filem yang baru selesai penggambaran itu, baru-baru ini.

Menurutnya, selepas mendengar dan mempertimbangkan pandangan semua pihak, beliau akhirnya membuat keputusan menggunakan judul Syerif.

“Ia bukan mengenai Syerif dalam cerita koboi, tapi watak seorang lelaki bernama Syerifuddin Husin lakonan Zul Ariffin sebagai Pegawai Polis. Orang panggil dia Syerif.

“Saya nak cari tajuk pun pening kepala. Seorang kawan kata kenapa tak letak nama Syerif. Saya terfikir boleh juga. Bagi orang terfikir sikit,” katanya. HM



Yusof Haslam ‘bising’ dengan anaknya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM



Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya

Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?



Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker