Tragedi kepala air di Kampung Air Puteh, 2 maut dan 8 masih hilang

Seorang lelaki dan wanita ditemukan lemas dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman hari ini. – Foto media sosial/Sinar Harian

10 sekeluarga dipercayai lemas dalam dalam tragedi kepala air di Kampung Air Puteh di Kemaman, Terengganu.

Menurut Bernama, dua mayat mangsa berjaya ditemui pasukan penyelamat, manakala lapan lagi masih hilang.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kemaman Hanyan Ramlan, sebagai berkata semua mangsa dipercayai berusia antara empat hingga 40 tahun datang berkelah di kawasan tersebut, kira-kira 5 petang semalam.

Katanya, polis sebelum itu menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat seorang wanita terapung di sungai Kampung Pasir Gajah dalam jarak kira-kira 24km daripada tempat keluarga itu berkelah.

“Polis bersama pasukan bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk bergegas ke lokasi kejadian.

“Mayat kedua seorang lelaki dipercayai bakal menantu kepada mangsa wanita terbabit ditemui tersangkut di pokok pada jarak tiga kilometer dari lokasi kejadian,” katanya memetik Harian Metro.

Hanyan berkata, hujan lebat sejak petang semalam hingga awal pagi hari ini dipercayai menyebabkan berlaku fenomena kepala air.

“Identiti kedua-dua mayat serta lapan lagi ahli keluarga yang dikhuatiri hilang itu belum diperoleh. Polis sedang berusaha mendapatkan maklumat dan mengenal pasti keluarga mangsa yang terbabit,” katanya.

Hanyan berkata, polis percaya keluarga besar ini terbabit dalam tragedi itu berdasarkan pakaian dan selipar di tempat kejadian.

“Polis menemui sebuah kereta Proton Gen2 dan motosikal SYM di tempat kejadian dipercayai milik mangsa terbabit.

“Berdasarkan keadaan motosikal yang terbalik dan dalaman kereta yang basah kita percaya berlaku kejadian kepala air di situ,” katanya.

Katanya, operasi ditamatkan kira-kira 6 petang tadi berikutan keadaan cuaca buruk dan operasi akan bersambung 9 pagi esok.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perdana Menteri perlu pecat menteri buat kecoh di KLIA – Ketua Pemuda UMNO

Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie

Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker