Kereta ditenggelami air akibat terlelap, lupa tarik brek tangan

PETALING JAYA: Sebuah kereta Volvo milik seorang warga Bangladesh ditenggelami air pasang di Pantai Klebang, Melaka akibat terlupa menarik brek tangan.

Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, kejadian kira-kira 5 pagi tadi itu berlaku ketika lelaki 38 tahun terbabit ke pantai berkenaan untuk berehat, dia kemudian terlelap dan terlupa menarik brek tangan.

“Dia hanya tersedar selepas keretanya menggelongsor ke kawasan tambak lalu tersangkut dalam pasir dan tidak dapat bergerak.



“Tidak lama selepas itu, air pantai mulai pasang sehingga menyebabkan separuh keretanya ditenggelami air sebelum dia cuba mendapatkan bantuan trak tunda,” katanya menurut Harian Metro

Beliau berkata, warga asing itu meninggalkan keretanya di lokasi kejadian kerana tiada wang membayar kos penundaan.

Katanya, lelaki itu mempunyai lesen memandu dan kereta berkenaan tidak terbabit sebarang kes jenayah.

“Kereta itu dibawa keluar oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan dibawa ke pusat simpanan pihak berkuasa tempatan berkenaan bagi proses tuntutan kos urusan penundaan daripada pemiliknya.”



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen



Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U



Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker