Laporan polis terhadap Zainul Asri dibuat atas dakwaan label musuh Allah
Laporan polis terhadap Zainul Asri dibuat atas dakwaan label musuh Allah
Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis terhadap pendakwah bebas Zainul Asri Mohd Romli kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan apabila menyamakan musuh politik dengan ‘musuh Allah’.
Ketua Biro Mobilisasi Pusat Media PH, Mohamad Yahya membuat laporan berkenaan di Balai Polis Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur, pada jam 10.49 pagi, hari ini.
Menurutnya, ucapan itu dibuat Zainul dalam program Himpunan Kedah Berselawat di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 24 Jun lalu.
Rakaman program itu juga katanya boleh ditonton menerusi Youtube.
“Melihat kepada perkataan yang diungkapkan, jelas beliau mengaitkan ucapannya dengan pilihan raya negeri (PRN) yang akan berlangsung tidak lama lagi.
“Dengan menyamakan musuh politik dengan musuh Allah, bermaksud musuh politik juga boleh diperangi seperti mana beberapa insiden yang pernah berlaku sebelum ini.
“Ungkapan sebegini adalah satu bentuk hasutan dan jelas boleh menimbulkan salah faham di kalangan rakyat dan berbahaya kepada kestabilan dan keselamatan negara serta mengugat ketenteraman awam.
“Perkataan musuh Allah sering kali digunakan oleh kumpulan-kumpulan pengganas dan ekstremis bagi tujuan menghasut pengikut mereka untuk bertindak di luar batasan undang-undang. Perkara ini wajib dihentikan segera,” katanya.
Semakan Mkini mendapati video yang memaparkan ucapan Zainul Asri itu tular di media sosial.
Dalam rakaman berkenaan, Zainul menyeru agar umat Islam memperbanyakkan solat hajat sebelum pembubaran dewan undangan negeri (DUN).
Dia juga menyatakan semoga Kedah dilindungi daripada musuh Allah.
“Moga-moga Allah mempertahankan negeri ini daripada dijatuhkan oleh musuh-musuh Allah dan dimenangkan agama Allah, insya-Allah,” katanya disusuli tiga kali laungan takbir. Mk
Laporan polis terhadap Zainul Asri dibuat atas dakwaan label musuh Allah
Baca Artikel Menarik:
- Kes Ebit Lew: Saksi analisis video perbualan group Whatsapp, gambar lucah
- Daniella tak tolak peluk Islam
- Pemimpin Gerakan buta sejarah samakan Muhyiddin dengan Qu Yuan
- Pemetik Api, Power Bank dan Minyak Wangi jadi punca kereta terbakar
- KJ jangan emosi, kena sabar
- Khianat Parti: Mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta pada PKR
- OceanGate Titan meletup berhampiran Titanic, lima jutawan maut (video)
- Harga beras naik bulan depan, kata bos Mydin
- Boss Kay tak bagi nafkah, dakwa bekas isteri
- Ramai boikot GRAB kerana solidariti, insiden penggantungan ‘rider’ sangat tidak adil
- Tegur Warga Singapura Isi Minyak Dalam Tong, ‘Rider’ Hilang Pekerjaan (Video)
- Cempedak kayangan dijual RM2 seulas
- Empat anggota polis peras ugut, cabul remaja berkhalwat didakwa
- Kaum Hunza golongan yang berusia panjang sehingga 140 tahun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya
Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP
You must be logged in to post a comment.