Lelaki disyaki bunuh teman wanita guna penyapu ditahan

Lelaki disyaki bunuh teman wanita guna penyapu ditahan

Seorang lelaki diberkas kerana disyaki membunuh teman wanita menggunakan batang penyapu dalam kejadian di Taman Song Choon, Ipoh hari ini.

Ketua Polis Ipoh Yahaya Hassan berkata, siasatan mendapati pasangan kekasih itu tinggal di tingkat atas sebuah rumah kedai bersama bayi lelaki mereka berusia lapan bulan.



Katanya, polis menerima maklumat awal kejadian daripada seorang wanita pada 4.34 pagi tadi, memaklumkan berlaku pergaduhan “suami isteri”.

Setibanya di lokasi kejadian, polis mendapati seorang wanita terbaring di atas katil dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa berusia 24 tahun itu disahkan telah meninggal dunia oleh petugas ambulans dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” kata Yahaya, menurut Utusan Malaysia.

“Seorang lelaki berusia 23 tahun yang juga teman lelaki mangsa mengaku memukul wanita itu dan dia ditangkap bersama tiga individu lain yang berada di lokasi kejadian.”



Beliau berkata, tiga individu berusia 29 hingga 65 tahun yang ditahan itu terdiri daripada ahli keluarga suspek, termasuk ibunya yang datang ke lokasi kejadian selepas dihubungi lelaki terbabit.

Tambahnya, saringan air kencing dilakukan ke atas keempat-empat individu ditahan, namun hanya teman lelaki mangsa didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Polis turut merampas empat unit telefon bimbit dan batang penyapu yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian.

Yahaya berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



Keempat-empat individu yang ditahan direman selama tujuh hari bermula hari ini, untuk siasatan lanjut.

Menurut Yahaya, bayi lelaki mangsa telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk jagaan. FMT

Lelaki disyaki bunuh teman wanita guna penyapu ditahan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya



Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker