Pencuri berselimut kebas beg dalam surau

Pencuri berselimut kebas beg dalam surau

JEMPOL: Kelibat seorang pencuri menggunakan selimut untuk menyembunyikan identitinya berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di Surau Kampung Indah, Bahau, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian itu, beg silang milik seorang warga emas, Abdul Rahman Salimap, 68, dikebas pencuri tersebut menyebabkannya kehilangan dokumen penting termasuk kad bank serta wang tunai sebanyak RM150.

Menurut anak tiri mangsa, Rafika Fitri Masweldi, 33, kejadian berlaku ketika bapanya menunaikan solat subuh di surau berkenaan.

“Kejadian kira-kira pukul 6 pagi, ketika itu ayah jadi imam dan ada jemaah wanita di belakang tabir, bagaimana pun ayah sedar ada kelibat dibelakangnya namun beranggapan ada jemaah lain datang hendak solat.

“Selesai solat, beg yang diletakkan di tepi sudah hilang, lalu ayah memaklumkan perkara itu kepada imam sebelum memeriksa CCTV,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Berdasarkan rakaman CCTV yang dimuat naik Rafika Fitri di akaun Facebook miliknya yang memaparkan seorang lelaki dilihat masuk ke dalam surau dengan menutup muka dan badannya menggunakan kain dipercayai selimut.

Lelaki berkenaan kemudiannya mencapai beg silang di bahagian tepi surau sebelum keluar.

“Wang berkenaan sepatutnya digunakan untuk membeli ubat berikutan kesihatan ayah tidak begitu baik termasuklah penglihatannya. Laporan polis juga sudah dibuat semalam di Balai Polis Bahau,” katanya.

Tambahnya lagi, kejadian tersebut merupakan yang kelima membabitkan jenayah curi dan pecah tabung surau di situ.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Utusan

Pencuri berselimut kebas beg dalam surau

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa kutuk media Malaysia

Diva AA serang Diva BB? (Video)

Seluar Hannah Delisha jadi bualan, ramai sakit mata

Ajak swafoto lepas tumbuk, tunggu polis datang kutip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker