Shima niaga Mee Jawa

Shima niaga Mee Jawa

Minat menyanyi masih belum pudar, namun upah tidak berbaloi menyebabkan penyanyi Shima, 54, lebih rela berniaga secara kecil-kecilan daripada tidak berpuas hati dengan harga ditawarkan penganjur.

Shima atau nama sebenarnya, Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman berkata, dia terkilan apabila bakat orang lama tidak kiralah penyanyi atau pelakon dipandang sebelah mata dan terima bayaran tidak setimpal.



Sebagai penyanyi yang sudah lebih tiga dekad dalam industri, Shima mengakui, dia sudah lama tidak menerima tawaran menyanyi walaupun minat masih ada.

“Bukan tak mahu menyanyi, minat masih ada, cuma memikirkan soal bayaran tidak setimpal, saya lebih rela tidak menyanyi.

“Ini tidak, bayaran untuk penyanyi lama seperti saya asalkan ada sahaja. Ada masanya, bayaran persembahan luar daerah pun tidak masuk akal.

“Disebabkan saya penyanyi lama, ada penganjur sesuka hati meletakkan harga tanpa mengira pengalaman dimiliki.



“Sedangkan sepanjang bergelar penyanyi saya memiliki banyak lagu-lagu hit. Agak terkilan mengenangkan industri hari ini tidak lagi menghargai penyanyi lama,” kata Shima kepada BH Online.

Bagi menampung kehidupannya, penyanyi yang popular menerusi lagu Teringin dan Aku Tetap Aku itu kembali menjalankan perniagaan makanan, tetapi kali ini, tempahan dalam talian.

Sebelum ini, Shima pernah membuka Warung Teringin menjual masakan nasi berlauk pada 2018, namun perniagaan terpaksa ditutup setahun kemudian berikutan masalah kesihatan seperti cakera tulang belakang tergelincir (slipped disc) dihidapi sejak 2013 dan masalah pundi kencing.

Bagaimanapun, kata Shima, berikutan masalah kesihatan dihadapi di mana masih bergantung kepada ubat, perniagaan diusahakan sejak sebulan lalu mampu dilakukan menerusi tempahan secara kecil-kecilan.



“Kali ini saya menjual Soto, Mee Jawa, Kuey Teow Sup Seafood, Soto Boyan dan Bakso. Ada antaranya resipi turun temurun keluarga kerana kami memang suka memasak.

“Tetapi, saya tidak mampu terima tempahan banyak. Biasanya, saya buka tempahan untuk 14 bungkus sahaja.

“Ini disebabkan atas faktor usia dan masalah kesihatan, saya tidak berani mengambil tempahan banyak-banyak memandangkan segala persiapan dari mula sehingga kepada membungkus dilakukan bersendirian.

“Biasanya saya akan mula masuk ke dapur jam 4 pagi, saya suka bermula awal agar tidak kelam kabut. Lagipun, ada masanya saya perlu berehat sekejap dan memerlukan kerusi ketika memasak kerana tidak boleh berdiri lama,” katanya.



Penyanyi kelahiran Banting, Selangor itu berkata, dia hanya membuka tempahan menerusi Facebook miliknya.

Selain itu, katanya, dia tidak berniaga setiap hari, sebaliknya buat permulaan tempahan diterima seminggu sekali.

Kata Shima, adik angkatnya dikenali sebagai Awais yang bekerja penjawat awam adalah insan paling banyak membantu mempromosikan dan mengambil tempahan di kalangan teman sepejabat.

“Saya hanya buka tempahan pada hari tertentu. Tujuannya, saya mahu mengelakkan kerugian. Saya pastikan ada tempahan barulah saya akan sediakan makanan.



“Saya tidak mahu masak, kemudiannya baru promosi. Ini kerana tidak mahu menanggung kerugian sekiranya makanan tidak habis dijual.

“Makanan pula akan dihantar menerusi khidmat penghantar makanan ataupun pelanggan boleh mengambil sendiri di rumah saya,” katanya

Tambah Shima, ada juga yang mempersoalkan harga makanannya dikatakan mahal.

“Saya tidak kedekut setiap kali menyediakan bahan masakan kerana sentiasa mengingati pesanan keluarga supaya memastikan orang puas hati menikmati air tangan.



“Ada juga minta saya kurangkan sedikit rencah seperti makanan laut dalam Kuey Teow Sup Seafood supaya harganya boleh dikurangkan.

“Saya menggunakan bahan segar, lagipun semua kerja memasak dilakukan berseorangan, tambahan pula harga barang mentah semakin mahal. Jadi, takkanlah saya hendak kurangkan harga pula.

“Saya tiada pembantu, jika saya kurangkan harga, berapa pula upah untuk hasil penat lelah saya? Sedangkan semuanya dilakukan sendiri, jadi saya berharap orang luar faham kenapa saya meletakkan harga sedemikian,” katanya.

Bagaimanapun, mengulas adakah tidak menyanyi lagi berikutan sibuk dengan perniagaan dan kecewa dengan tawaran harga tidak masuk akal, Shima berkata, dia akan mempertimbangkan sekiranya tawaran menarik.

“Insya-Allah, saya akan mempertimbangkan seandainya tawarannya menarik. Kalau harga entah apa-apa dan seperti tidak menghargai pengalaman seseorang penyanyi, saya memang akan tolak,” katanya. BH

Shima niaga Mee Jawa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat

Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan

Sharifah Sakinah beri amaran terakhir kepada netizen

Puteri Sarah dedah perbualan bersama ibu mentua

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker