Hati Anjing Lagi Ikhlas – Tiz Zaqyah

Hati Anjing Lagi Ikhlas – Tiz Zaqyah

Perkongsian terbaharu di Instagram milik pelakon jelita, Tiz Zaqyah mencuri perhatian wargamaya selepas dia memuat naik sekeping foto bersama seekor anjing.

Menerusi perkongsian tersebut, Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 34, dilihat sedang duduk mencangkung berhadapan dengan seekor anjing berwarna coklat keperangan.



Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah kapsyen yang ditulis oleh pelakon drama Nur Kasih itu.

Tiz yang mengenakan baju berona putih dalam gambar tersebut menyifatkan haiwan berkenaan memiliki hati yang lebih ikhlas berbanding hati seorang manusia.

Hati anjing ni lagi ikhlas dari hati kau yang terserlah kebusukannya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan balas, ada segelintir netizen yang bersetuju dengan kenyataan yang ditulis Tiz.



Dalam pada itu, dapat dilihat juga beberapa rakan selebriti termasuk aktor Farhin Ahmad yang sempat berseloroh dengan menyarankan untuk aktres itu merakam gambar bersama khinzir pula selepas ini untuk melihat sejauh mana keikhlasan haiwan liar itu.
Sumber: Instagram

Hati Anjing Lagi Ikhlas – Tiz Zaqyah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat

Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan



Sharifah Sakinah beri amaran terakhir kepada netizen

Puteri Sarah dedah perbualan bersama ibu mentua



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker