Umno Kelantan sasar 35 DUN, 9 Parlimen – Jazlan

Umno Kelantan sasar 35 DUN, 9 Parlimen – Jazlan

Umno Kelantan mensasarkan untuk menang di 35 kerusi DUN dan sembilan kerusi Parlimen di negeri itu pada pilihan raya Umum ke-15 (PRU15), kelak.

Ketua Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub berkata, sasaran itu tidak mustahil sekiranya mereka bekerja keras.



“Kalau orang kata kita bercita-cita besar, tidak mengapa kerana setiap perkara perlu dimulakan dengan cita-cita. Insya Allah kita memperoleh sasaran berkenaan.

“Untuk kerusi Parlimen juga tidak mustahil memandangkan pada PRU-11 iaitu pada 2004, kita pernah memperoleh kemenangan sembilan kerusi Parlimen,” katanya menurut Berita Harian.

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, pihaknya juga sedang menyenaraikan calon untuk PRU15 sebelum diserahkan kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, bulan depan.

“Calon yang akan dikemukakan kali ini adalah kombinasi calon baharu dan lama membabitkan pelbagai latar belakang.



“Kita akan pastikan calon yang dikemukakan nanti adalah layak dan mendapat sokongan daripada pengundi. Selain orang muda atau muka baharu, calon wanita juga diberi peluang untuk bertanding.

“Senarai calon berkenaan akan diserahkan ketika saya mengadakan pertemuan dengan presiden parti bulan depan,” katanya.

Justeru, beliau merayu kepada rakyat Kelantan supaya memberi peluang kepada Umno untuk membuktikan mereka mampu melakukan lebih baik berbanding pemerintahan sedia ada.

“Saya beri jaminan akan melakukan lebih baik supaya manfaat semaksimum mungkin dikecapi oleh rakyat, malah apa perkara baik yang dilakukan PAS juga akan diteruskan,” katanya. FMT



Umno Kelantan sasar 35 DUN, 9 Parlimen – Jazlan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu



Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker