Terbuka Indonesia: Pearly-Thinaahn sah tarik diri

PASANGAN beregu wanita badminton nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, menarik diri daripada menyertai Terbuka Indonesia 2023 yang dijadualkan bermula esok sehingga 18 Jun di Jakarta.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan bahawa, juara Terbuka Perancis 2022 itu menarik diri daripada acara Super 1000 tersebut, disebabkan kecederaan yang dialami Pearly di Terbuka Singapura, minggu lepas.

“Pearly cedera di sikunya pada Terbuka Singgapura minggu lepas. Dengan Pearly yang belum sembuh 100 peratus, pasukan kejurulatihan membuat keputusan untuk tidak mengambil risiko yang tidak perlu, dengan tidak membenarkan beliau bertanding,” menurut kenyataan itu.



Pada 7 Jun, Pearly-Thinaah menarik diri pada perlawanan pusingan pembukaan menentang pasangan Jepun Rin Iwanaga-Kie Nakanishi pada set ketiga, disebabkan kecederaan Pearly pada ketika pasangan Jepun itu mendahului 16-9.

Pearly-Thinaah tewas set pertama 13-21 namun pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022 itu kembali untuk menang set kedua, 21-17. – Bernama

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perempuan Itu ‘panas’



‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami

Wan Rosdy sebak kenang nasib Najib



Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker