Lamborghini Syamsul Yusof berasap (Video)

Lamborghini Syamsul Yusof berasap (Video)

Pengarah popular Syamsul Yusof, menarik perhatian ramai, apabila kereta Lamborghini yang dipandu olehnya berasap di tepi jalan.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok yang dikenali sebagai Syaza, dapat dilihat, kereta Lamborghini berwarna kuning emas itu mengeluarkan asap putih tebal yang didakwa mengalami kerosakan.



Syamsul juga dilihat tenang, keluar dari kereta miliknya dan berjalan ke arah tempat duduk belakang bagi memeriksa punca kerosakan yang berlaku.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terkejut dengan kejadian yang menimpa pengarah terkenal terbabit dan ada yang berseloroh mengenai kejadian itu.

“Ujian untuk Syamsul. Semoga dipermudahkan segala urusan. Setiap manusia berbeza ujiannya,” komen Cep Loss.

“Kereta harga juta-juta pun boleh berasap ke bos?, pakai Proton je bos,” seloroh seorang pengguna TikTok.



“Untuk abang Syamsul, semoga dipermudahkan urusan, anggaplah ini satu ujian. Semoga yang baik-baik saja untukmu,” komen AyishFiance.

Rakaman video terbabit, menjadi tular di aplikasi TikTok sehingga mendapat 1.4 juta tontonan, 35,600 tanda suka dan 1,715 komen. K Online

Lamborghini Syamsul Yusof berasap (Video)

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perempuan Itu ‘panas’

‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami



Wan Rosdy sebak kenang nasib Najib

Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker