Ada yang lulus tapisan MM2H rupanya pengintip

Ada yang lulus tapisan MM2H rupanya pengintip

Perubahan syarat bagi permohonan program Malaysia My Second Home (MM2H) akan menarik lebih ramai peserta berkualiti menyertainya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, berkata program MM2H bertujuan menarik minat rakyat luar negara menghabiskan usia persaraan mereka atau masuk ke Malaysia dengan membawa kepakaran diperlukan.

Katanya, antara perubahan syarat yang dikenakan adalah menaikkan jumlah pendapatan dan nilai aset cair serta mempunyai akaun simpanan tetap berjumlah sekurang-kurangnya RM1 juta.

“Peserta mesti lulus tapisan keselamatan kerana sebelum ini ada yang lulus tetapi rupanya terbabit dalam aktiviti pengintipan.

“Oleh itu, kita ketatkan syaratnya, rasionalnya kita harap untuk mendapat peserta yang betul-betul berkualiti dan membolehkan Malaysia bersaing dengan negara lain yang turut menawarkan program sama,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam) berhubung rasional perubahan terkini yang dilakukan terhadap program MM2H. BH

Ada yang lulus tapisan MM2H rupanya pengintip

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker