Meninggal dunia selepas ditendang di kepala

Meninggal dunia selepas ditendang di kepala

LONDON: Seorang prospek MMA berusia 16 tahun meninggal dunia dengan tragis apabila ditendang di kepala.

Insiden berkenaan berlaku selepas remaja berkenaan dilaporkan dibenarkan memasuki gelanggang tanpa perlindungan kepala oleh pengadil pertandingan.

Berdasarkan peraturan di Russia, kesemua peserta yang berada di bawah umur harus memakai perlindungan kepala untuk menyertai pertandingan.

Peraturan itu menerangkan remaja 16 hingga 18 tahun dalam saingan amatur MMA di kawasan berkenaan perlu memakai perlindungan kepala.

Namun, laporan mendakwa remaja lelaki berkenaan dibenarkan bertarung tanpa menggunakan perlindungan kepala.

Remaja berusia 16 tahun itu bertanding dalam saingan Piala MMA Terbuka di Kelab Sukan Rodina.

Rakaman video dalam talian menunjukkan detik lawan menendang di kepalanya sebelum dia tumbang dan tidak sedarkan diri.

Dia didakwa meninggal dunia ketika dalam ambulans menuju ke hospital selain terdapat laporan berbeza yang menyatakan berkemungkinan menghembuskan nafas terakhirnya di hospital sewaktu dikejarkan ke unit rawatan rapi.

Kesatuan MMA Russia dan pihak siasatan akan meneliti situasi berkenaan untuk mengetahui puncak sebenar kejadian.

Pengguna media sosial bersimpati dengan kejadian menimpa remaja berkenaan serta keluarganya.

“Ia sangat menyedihkan,” kata salah satu hantaran di Twitter.

“Ia sesuatu yang teruk,” kata yang lainnya. BH

Meninggal dunia selepas ditendang di kepala

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker