PN beri projek RM654 juta tanpa tender, mana penjelasan?

PN beri projek RM654 juta tanpa tender, mana penjelasan?

PN beri projek RM654 juta tanpa tender, mana penjelasan?

Kementerian Sumber Manusia digesa memberi penjelasan berhubung isu pemberian kontrak pembinaan Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Cybernics Kebangsaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bernilai RM654 juta di Ipoh, Perak tanpa tender terbuka atas alasan ‘menjimatkan masa’.

Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran memberitahu projek itu bernilai RM500 juta ketika dia menjadi menteri sumber manusia era pentadbiran PH dan harganya dinaikkan kepada RM654 juta ketika PN memerintah negara.

“Semasa saya menjadi menteri sumber manusia pada 2018, projek ini hanya bernilai RM500 juta. Pada masa itu saya memastikan Perkeso memperoleh tanah kerajaan supaya harganya jauh lebih murah, dan kami telah mengadakan banyak penglibatan dengan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak (SEDC) dan akhirnya memperoleh tanah itu di bandar baru Meru, di Ipoh.

“Semua ini dilakukan secara telus dan terbuka. Tapi, tender RM654 juta ini dilakukan semasa pemerintahan Perikatan Nasional.

“Jadi saya minta Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Perkeso, jelaskan kenapa kenaikan mendadak itu.


Baca Artikel Menarik:

 

Bikini Leona jadi bualan, Azhar Sulaiman masuk komen


“Apakah kos tambahan yang telah anda keluarkan, apakah kemudahan tambahan yang anda bina dengan wang tambahan itu?” soalnya.

KSM dan Perkeso dihubungi berhubung dakwaan ini namun masih belum mendapat maklum balas lanjut.

Pada 24 Mei, KSM dalam jawapan terhadap soalan Kulasegaran di parlimen berkata projek tersebut diberi keizinan untuk perolehan secara rundingan terus oleh Lembaga Perkeso pada 23 Februari 2022.

KSM memaklumkan perolehan projek itu dimuktamadkan pada 1 April 2022 dengan kos sebanyak RM654 juta atas sebab penjimatan masa.

Bagaimanapun, Kulasegaran berkata pemberian projek besar sebegitu tanpa tender terbuka amat diragui.


Baca Artikel Menarik:

 

Fasha, padam gambar Kazar – Netizen


“Projek besar yang melalui tender terus cenderung melibatkan rasuah kerana jumlah wang yang besar. Ketika saya menjadi menteri, saya bertegas bahawa projek ini mesti melalui tender terbuka.

“Apabila anda menjalankan tender terus untuk projek besar itu, anda mengelak peluang yang adil dan sama rata di kalangan kontraktor.

“Kekurangan persaingan ini menimbulkan persoalan sama ada kontraktor yang dipilih sememangnya pilihan terbaik dan jika pesaing berpotensi lain boleh menawarkan perkhidmatan yang lebih baik atau penyelesaian yang kos efektif,”

Dia juga menggesa kementerian atau Perkeso untuk membuat satu kenyataan untuk menjelaskan kepada orang ramai, mengenai keputusan kerajaan pada waktu itu untuk tidak memberi tender terbuka dan kenaikan kos projek sebanyak RM154 juta.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Amelia Henderson, Aedy Ashraf dating sampai ke Barcelona

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker