Pearly-Thinaah ke final buat kali pertama dengan semangat membara

Pearly-Thinaah

KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah meraih pentas final pertama mereka musim 2023 selepas menunjukkan semangat luar biasa di separuh akhir Masters Malaysia, sebentar tadi.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri di Axiata Arena, beregu ke-11 dunia itu berjaya melakar kejutan ke atas gandingan kelima dunia dari Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong dengan 21-19, 23-21 dalam aksi selama sejam 33 minit.

Lawan Pearly-Thinaah di pentas final esok adalah beregu Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee yang sebelum itu menewaskan gandingan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara, 21-19, 21-14.

Kekuatan mentaliti Pearly-Thinaah menjadi sumber utama kebangkitan di set pertama apabila berjaya mencatat kemenangan 21-19 meskipun ketinggalan pada awal saingan.



Episod hampir sama turut berlaku di set kedua apabila mereka sukar untuk mendapatkan mata sehingga ketinggalan 6-13 namun kembali merapatkan jurang kedudukan kepada 14-16.

Situasi bertambah gamat ketika Pearly-Thinaah cuba untuk menyamai kedudukan mata selepas itu namun Na Eun-Hye Jun terus mengasak dan ‘mencuri’ mata sehinggalah mereka berjaya menyamakan kedudukan 18-18.

Pearly-Thinaah mendahului 19-18 namun pihak lawan berjaya menyamakan kedudukan di saat genting sebelum mereka memuktamadkan perlawanan yang seakan ‘final’ dengan keputusan 23-21.



“Bagaikan mimpi buat kami berdua kerana kami terpaksa menghadapi beberapa perlawanan yang memang memenatkan.

“Mungkin pendekatan lebih sukar berbanding lawan punca kami berjaya bangkit daripada ketinggalan.

“Terima kasih kepada peminat yang hadir memberi sokongan dan ia menjadi motivasi buat kami pada perlawanan ini,” kata Pearly.

Pertembungan itu adalah yang kedua buat kedua-dua beregu dan kini mereka masing-masing terikat dengan satu kemenangan selepas Na Eun-Hye Jeong menewaskan mereka di suku akhir Seluruh England tahun lalu.



Pencapaian ke final Masters Malaysia adalah yang terbaik buat Pearly-Thinaah bagi kempen 2023 setakat ini selepas tiga kali terkandas di separuh akhir iaitu di Terbuka India, Masters Indonesia dan Terbuka Jerman.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)



Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker