Terdesak pancing Khairy, Bersatu ketandusan pemimpin
Terdesak pancing Khairy, Bersatu ketandusan pemimpin
PADA 17 Mei lalu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau telah menawarkan tempat dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) partinya kepada Khairy Jamaluddin.
Setakat Isnin lalu, bekas Ahli Parlimen Rembau itu masih menyahut tawaran Muhyiddin sambil menyatakan, beliau memerlukan masa sebelum membuat keputusan.
Memang tidak salah Muhyiddin membuat tawaran tersebut kepada Khairy memandangkan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu tidak terikat dengan mana-mana parti selepas dipecat dari UMNO pada 27 Januari lalu.
Khairy juga boleh memilih mana-mana parti yang ingin disertainya jika mahu terus kekal relevan dalam politik arus perdana tanah air.
Cuma agak menghairankan apabila Bersatu bersedia memberi Khairy jawatan dalam pucuk pimpinan secara automatik sebagai ‘ganjaran’ atas kesudiannya menyertai parti berkenaan.
Timbul persoalan adakah Bersatu kini sudah ketandusan pemimpin sehingga sanggup ‘mengutip’ Khairy yang disingkirkan oleh UMNO ekoran dakwaan melakukan sabotaj terhadap parti semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Bagaimana pula dengan perasaan pemimpin-pemimpin muda lain dalam Bersatu yang telah sekian lama berjuang bersama parti dalam keadaan susah dan senang?
Tidakkah mereka juga sepatutnya diberi peluang untuk membantu memantapkan Bersatu yang kini dihurung skandal penyelewengan dan salah guna kuasa yang dikatakan berlaku semasa Muhyiddin mengetuai kerajaan dahulu?
Sewajarnya Muhyiddin memikirkan perasaan anak-anak buahnya yang telah lama bertungkus-lumus bekerja untuk parti sebelum menawarkan jawatan penting kepada orang luar seperti Khairy.
Sebagai bekas Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin juga tentu sangat maklum tentang suasana tidak harmoni yang berlaku dalam parti itu apabila ‘bintang’ Khairy tiba-tiba bersinar terang benderang sebaik sahaja bapa mentuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dilantik sebagai Presiden UMNO.
Sebelum itu, boleh dikatakan nama Khairy kurang dikenali dalam dunia politik tempatan namun tiba-tiba sahaja menjadi popular semasa era pentadbiran Pak Lah.
Bukan sedikit pengorbanan yang terpaksa diberikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Datuk Seri Mohamad Hasan yang berjiwa besar memberi laluan kepada Khairy bertanding di kerusi Parlimen Rembau.
Namun, apabila Tok Mat ingin bertanding di Rembau pada PRU15, Khairy seolah-olah berat untuk melepaskannya kerana mungkin beliau menganggap kerusi itu adalah haknya.
Melihat kepada apa yang berlaku dalam UMNO tidak lama dahulu, timbul tanda tanya sama ada Muhyiddin bersedia untuk bersabar dengan sikap besar kepala Khairy.
Sebelum ini, timbul spekulasi tentang Khairy akan dinamakan sebagai calon menteri besar Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan atau Selangor sekiranya beliau bersetuju untuk bertanding atas tiket gabungan politik berkenaan pada pilihan raya negeri (PRN) nanti.
Apakah tokoh-tokoh PN sedia ada contohnya Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dari Pas Selangor dan Nazree Yunus dari Bersatu Negeri Sembilan tidak memenuhi kriteria sebagai calon Menteri Besar?
Jika Bersatu berharap lebih ramai pemimpin dan ahli UMNO akan melompat selepas Khairy menyertai parti itu, mereka sebenarnya tersilap.
Hanya berapa kerat sahaja orang UMNO yang keluar parti selepas Khairy dipecat dari parti sekali gus menggambarkan pengaruhnya tidak begitu besar di peringkat akar umbi.
Lebih baik Muhyiddin memberi tumpuan untuk memikirkan tentang kes mahkamahnya daripada membuang masa memikirkan hala tuju kerjaya politik Khairy yang semakin tidak ketentuan. MG
Terdesak pancing Khairy, Bersatu ketandusan pemimpin
Baca Artikel Menarik:
- Permohonan lanjut perintah injunksi Syamsul ditolak
- Jihan Muse menafikan
- PAS yang sebenarnya miskinkan Kedah, Kelantan, Terengganu
- Mana nak lari, tetap kena kahwin
- Sharnaaz Shooting Filem Polis Evo 3 Ketika Rumah Tangga Bergolak
- Ahli politik Indonesia pukul, pijak perut isteri kedua yang sedang hamil
- Lelaki Tumbuk & Tendang Teman Wanita, Paksa Makan Najis Anjing
- Sokongan Umno akan terhakis jika pemimpin terus desak ahli sokong DAP, Isham beri amaran
- Akar umbi Bersatu tak senang tawaran Muhyiddin kepada Khairy
- Khairil Nizam berhalusinasi bila minta Zahid berundur – Al-Hafizi
- Datuk Roy, pegawai SPRM didakwa atas kesalahan berkait anak Muhyiddin
- Bergelut pertahan diri, wanita maut ditikam penceroboh
- Pembantu Rumah Dirantai Majikan Dalam Bilik Air
- Isteri naik hantu, rempuh suami dan penyondol rumahtangga
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan
You must be logged in to post a comment.