Cliff Umar tak peduli anak autisme

Cliff Umar tak peduli anak autisme

Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah ibaratnya nasib bekas isteri penyanyi Cliff Umar iaitu Zurini Hasbullah yang mendakwa hidup tertekan kerana diabai bekas suami.

Zurini berkata, selama ini dia bertungkus-lumus membesarkan tiga anaknya bersendirian selepas Cliff bersikap tidak peduli sejak beberapa tahun lalu.



Bekas isteri penyanyi, Cliff Umar iaitu Zurini Hasbullah, 43, menganggap penyanyi itu sudah ‘mati’ dan tidak wujud lagi dalam kamus hidupnya.

Ia berikutan Cliff tidak menghiraukan anak-anaknya selepas mereka berpisah ketika mengandungkan anak bongsu mereka pada 2014.

Memetik laporan berita, Cliff juga tidak memberikan nafkah sekali gus membuatkan Zurini atau Ninie bertungkus-lumus membesarkan tiga anaknya termasuk dua lelaki berusia 13 dan 11 tahun yang disahkan mengidap autisme.

Anak perempuan bongsu berusia tujuh tahun pula mempunyai ciri-ciri disleksia yang ketara.



“Nak cakap berkenaan Cliff kira kisah itu biarlah dia mati. Duit pun dah habis, dia pun dah buang masa dan rezeki dia pada benda itu. Umpamanya hidup saya ini seperti hidup pun tidak dan mati pun tidak.

“Sangat hebat cabaran hidup yang dilalui saya dan saya kena melaluinya seorang diri bersama anak-anak. Agak mengecewakan apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak tarik semula bantuan kewangan bulanan RM300, manakala bantuan Baitumal pun bukan selalunya tepat pada masa dan datang tiga bulan sekali.

“Tapi wang untuk hidup dan makan hari-hari kena cari. Elaun OKU anak-anak pula diterima setiap enam bulan,” katanya yang menetap di Kuching, Sarawak.

Zurini berkata, alasan diberikan JKM pendapatannya sekitar RM1,500 hasil jualan beg kait dan kuih-muih tidak melayakkannya untuk dibantu.



“Apa agaknya kriteria yang digunakan sehingga mereka tergamak buat keputusan ini? Sangat sedih apabila anak-anak tengok saya bertelagah dengan kakitangan JKM baru-baru ini.

“Saya menangis apabila keluar dari pejabat JKM. Saya sekarang nak berpindah dari rumah sekarang ke rumah PPR yang kenakan sewa RM200 sebulan.

“Tapi tempatnya di kawasan pedalaman jauh dari segala-galanya. Anak-anak nak bersekolah dan dapatkan rawatan lain. Tahun depan anak sulung, Alief kena masuk sekolah menengah,” katanya.

Zurini berkata, semalam dia memaklumkan kepada guru sekolah anak-anaknya bahawa mereka terpaksa berhenti sekolah akibat kekangan masa dan wang.



“Ia hanya buat masa ini sementara saya stabilkan hidup. Tapi cikgu kata kalau boleh janganlah. Tapi itulah, semua saya kena buat sendiri. Masa tak cukup, kudrat tak cukup dan duit apatah lagi,” katanya.

Zurini yang juga bekas pramugari Penerbangan Malaysia dan AirAsia kini menghasilkan dan menjual beg kait dan membuat kuih sebagai sumber pendapatannya.

Cliff Umar tak peduli anak autisme

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini

Diana beri bayangan hubungan dengan Farid



Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)

Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker