Kerajaan Persekutuan jaga kepentingan rakyat tak kira kawasan – Ismail

Kerajaan Persekutuan jaga kepentingan rakyat tak kira kawasan – Ismail

Kerajaan Persekutuan tidak pernah membeza-bezakan pembangunan di negeri atau kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pembangkang, demi membela kepentingan rakyat, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri menegaskan, susulan pendirian Kerajaan Persekutuan yang mengutamakan kepentingan rakyat juga menyaksikan Pulau Pinang tidak pernah dipinggirkan daripada pembangunan.



“Kalaulah begini ikhlasnya Kerajaan Persekutuan, eloklah pilih (beri mandat parti yang menguasai) Kerajaan Persekutuan pada 19 November ini (ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pecah tanah Projek Program Perumahan Rakyat (PPR) Kepala Batas, Kepala Batas Youth Centre (KBYC) dan Masjid Bandar Putra Bertam, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang calon kerusi Parlimen Kepala Batas.

Komitmen Kerajaan Persekutuan itu, kata Ismail Sabri boleh dilihat menerusi pengumuman tiga projek yang dirasmikan itu, kerana terletak dalam DUN Pinang Tunggal, yang dikuasai pembangkang.



Mengenai Projek PPR Kepala Batas yang bernilai RM113 juta itu, Ismail Sabri berkata, ia membabitkan pembinaan 700 unit rumah pangsa empat tingkat berserta kemudahan asas, yang akan dilaksanakan atas tapak seluas 8.1 hektar milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) di Pongsu Seribu, Seberang Perai Utara.

Beliau berkata, projek itu turut menyediakan tujuh unit rumah untuk memenuhi keperluan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Kos pembinaan seunit rumah ini adalah RM161,000 tetapi akan dijual dengan harga hanya RM45,000 seunit. Ini bermakna subsidi bagi seunit rumah adalah RM116,000 dan jumlah keseluruhan subsidi yang ditanggung kerajaan bagi projek ini adalah RM81.2 juta,” katanya.

Pada masa sama, Ismail Sabri mengulangi pendirian akan menunaikan semua inisiatif yang diputuskan dalam Bajet 2023 sekiranya rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan baharu pada PRU15 ini.



Katanya, beliau berharap rakyat dapat memberi kepercayaan bagi membolehkan pentadbirannya membentangkan semula bajet itu di Dewan Rakyat kelak.

“Bila kita umumkan bajet bermakna dana telah disediakan dan bukannya seperti manifesto yang ia hanya sekadar janji.

“Jika mahu bajet itu dibentangkan semula dan dilaksanakan, maka pilihlah kita (BN) sebagai kerajaan baru pada 19 November nanti,” katanya.

Pada program itu, Ismail Sabri memberi jaminan setiap keluarga di seluruh negara dapat memiliki rumah sendiri selaras dengan aspirasi ‘Satu Keluarga Satu Rumah’ jika beliau kekal mentadbir negara selepas PRU15 kelak.



Ini kerana katanya, sebanyak RM372.3 bilion termasuk Skim Perumahan telah diperuntukkan melalui Bajet 2023 yang dibentangkan 7 Oktober lalu.

Jelasnya, skim perumahan itu memberi tumpuan kepada kesejahteraan Keluarga Malaysia dengan penyediaan kediaman mencukupi, berkualiti dan mampu dimiliki bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah.

“Saya beri jaminan semua skim perumahan ini akan dilaksanakan jika Kerajaan Pusat yang saya terajui dipilih semula pada PRU15 ini,” katanya.

Menurutnya, antara yang diberi tumpuan melalui Skim Perumahan itu adalah Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk manfaat 12,400 penghuni baharu dengan peruntukan sebanyak RM367 juta.



Selain itu, katanya, turut disediakan adalah Program Rumah Mesra Rakyat membabitkan pembinaan 4,250 unit rumah dengan peruntukan sebanyak RM358 juta.

Inisiatif lain termasuk Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) yang mana kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM3 bilion kepada bank bagi memberi akses pembiayaan kepada golongan tiada pendapatan tetap seperti pekerja e-hailing untuk memiliki rumah. BH

Kerajaan Persekutuan jaga kepentingan rakyat tak kira kawasan – Ismail


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker