Sharnaaz dilepas, bebas tuduhan pukul pengawal keselamatan

Sharnaaz dilepas, bebas tuduhan pukul pengawal keselamatan

Pelakon kontroversi, Sharnaaz Ahmad dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menumbuk seorang pengawal keselamatan yang juga penghuni kondominium, Jun tahun lalu.

Ini selepas pihak pendakwaan menerima representasi yang dikemukakan pelakon itu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).



Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim berkata, selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Sharnaaz selaku OKS dilepas dan dibebaskan manakala wang jaminan dikembalikan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin memohon Sharnaaz dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan itu.

“Saya dapat arahan HQ (AGC) DNAA terhadap OKS, itu saja puan,” katanya.

Peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid yang mewakili Sharnaaz memohon anak guamnya dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah ini.



“Satu representasi dihantar ke pendakwaan dan pendakwaan memaklumkan bahawa pihaknya menarik balik pertuduhan terhadap OKS.

“Dalam kes ini pengadu sudah menarik balik kes ini dan laporan polis telah dibuat, oleh itu satu keputusan DNA perlu diberikan,” katanya

Pelakon drama bersiri ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Izzul Islam Awang, 27, di kawasan lif, pintu masuk sebuah blok di sebuah kondominium di Jalan Dutamas di sini pada 8.30 malam, 16 Jun 2022.

Sharnaaz, 38, dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. BH



Sharnaaz dilepas, bebas tuduhan pukul pengawal keselamatan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?



Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU



Bogel di surau , pasangan dipenjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker