Aiman sedia hadap cemburu isteri

Aiman sedia hadap cemburu isteri

SETIAP perkahwinan ada cabarannya, tidak kira muda atau tua, bahtera yang dibina pasti akan merentas ombak serta badai. Itu adalah resmi kehidupan, yang pasti akan dilalui oleh setiap mereka yang mendirikan rumah tangga.

Bagi penyanyi Aiman Tino, perkahwinan di usia muda sebenarnya banyak memberi dia peluang untuk mematangkan diri dan bersedia menghadapi cabaran terutama statusnya sebagai seorang selebriti.



Tumpuan itu pasti ada terutama peminat yang sentiasa mahu mengambil berat dan mendapatkan perkembangan terkininya. Itu antara yang harus difahami oleh isterinya, Syarah Haifa.

“Saya beruntung kerana dia sudah faham norma kerjaya sebegai seorang selebriti. Mula-mula itu ada juga cemburu, biasalah perempuan. Tetapi saya jelaskan dan beri dia lihat keadaan sebenar dahulu.

“Lama-kelamaan dia mula faham. Saya juga ada ramai kawan tidak kira perempuan atau lelaki, begitu juga dengan peminat. Rasa cemburu itu perlahan-lahan pudar dan diganti dengan kepercayaan.

“Mana-mana rumah tangga pun akan ada cabarannya. Saya tidak mahu memaksa atau bertegas dalam setiap perkara. Kita sama-sama mematangkan diri menerusi perkahwinan ini,” ujar penyanyi berusia 25 tahun ini.



Aiman selamat bergelar suami kepada Syarah Haifa sekali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah tertutup Khamis lalu.

Dalam majlis nikah serba merah tersebut, pelakon Mak Cun 4 turut menyerahkan mas kahwin berjumlah RM 5,000 dan seutas gelang emas sebagai simbolik batal wuduk.

Jumlah wang hantaran pula dirahsiakan dan pasangan mempelai bersetuju tiada sebarang pertukaran dulang hantaran.

Dalam pada itu, bercakap soal dugaan sebelum berkahwin, kongsi Aiman, perancangan mereka pernah terganggu akibat pembawaan cerita daripada mereka yang sengaja mencetuskan kucar kacir.



Cerita penyanyi Ku Rela Dibenci itu, ketika itu, keluarga kedua-dua pihak tidak mempunyai masalah namun kerana khabar angin yang disebarkan seorang individu rapat, keadaan mula tegang dan kacau bilau.

“Kami sendiri tidak menyangka akan berdepan dugaan yang datang dari mulut mereka yang mungkin tidak berpuas hati. Cerita tidak benar mula tersebar dan membuatkan hubungan baik antara dua keluarga mula tegang.

“Tetapi apabila kami mula jelaskan situasi sebenar, keluarga mula faham. Alhamdulillah, selepas itu semua dipermudah. Perancangan pernikahan ini juga jadi lebih mudah dan senang.

“Paling penting bagi saya adalah hubungan kami direstui kedua-dua ibu bapa. Kami dekatkan diri pada Tuhan dan minat semoga perkahwinan ini diberkati,” ujarnya mula mengenali Syarah sekitar 2019.



BULAN MADU, ZURIAT

Ditanya tentang keistimewaan Aiman, kongsi Syarah, lelaki kiriman Tuhan itu seorang yang sangat mengambil berat dan matang dalam membuat sebarang keputusan.

“Aiman mungkin tidaklah seromantis lelaki lain tetapi di mata saya, dia ada cara tersendiri untuk pastikan saya rasa disayangi. Saya selesa dengan apabila berbual dan berbincang dengan dia.

“Bila kenal dia lebih dalam, Aiman ini berbeza daripada lelaki lain. Tak semua lelaki akan tahan, hadap dan bersabar dengan perangai perempuan yang mungkin kadang-kadang ada ‘hantunya’,” ujarnya.



Berkongsi perancangan berbulan madu, jelas penyanyi Permata Cinta itu, mereka merancang untuk bercuti di luar negara namun semuanya bergantung kepada jadual dan komitmennya yang bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi.

“Soal zuriat pun kami tidak merancang. Jika tiba rezekinya, Alhamdulillah. Saya kalau boleh nak ada empat sebab saya anak keempat. Tetapi itu semua aturan Tuhan,” Kongsinya. Utusan

Aiman sedia hadap cemburu isteri

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker