Suami ‘goncang’ lagi isteri selepas disahkan hamil

Lelaki itu menggoncang isterinya di luar sebuah hospital di wilayah Hubei, China

Seorang suami menangis ketika menggoncang isterinya di luar sebuah hospital di wilayah Hubei, China kerana tertekan akibat masalah kewangan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Berdasarkan gambar yang tular di media sosial China, wanita hamil itu pengsan selepas si suami menggoncang badannya sambil menjerit.

Pasangan itu dikatakan berkahwin baru-baru ini. Lelaki itu membawa isterinya yang tidak sihat ke hospital di mana wanita itu disahkan hamil.

Khabar gembira itu bertukar duka kerana pasangan itu tidak mampu menyara anak berikutan masalah kewangan.



Wanita berkenaan dikatakan menganggur dan hanya bergantung kepada pendapatan suaminya sebanyak 5,120 yuan (RM3,288) sebulan.

Selepas menerima berita kehamilan itu, lelaki tersebut beremosi apabila mengira perbelanjaan mereka di masa hadapan.

Lelaki itu kecewa apabila teringat bahawa isterinya baru-baru ini membeli set kosmetik mahal berharga 3,800 yuan (RM2,439).

Dia buntu kerana perlu membayar pinjaman kereta dan elaun bulanan yang diberikan kepada isterinya sebanyak 5,000 yuan (RM3,209).



Disebabkan enggan kehilangan anak dalam kandungan, satu-satunya perkara yang boleh dilakukan untuk melepaskan kemarahan adalah dengan menggoncang badan isterinya.

Ads by Kiosked

Dia juga gagal menahan air mata dan menangis di atas lantai hospital. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak



Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker