Pelakon Laskar Pelangi dicekup, tawar isteri lakukan seks

Pelakon Laskar Pelangi dicekup, tawar isteri lakukan seks

SALAH seorang watak penting dalam filem fenomena Indonesia, Laskar Pelangi ditangkap polis bersama dua yang lainnya kerana disyaki melakukan penipuan secara atas talian.

Pelakon yang membawa watak Ikal, Zulfani Pasha didakwa telah melakukan penipuan menerusi MiChat. Dia menggunakan isterinya, Putri Amelia untuk memerangkap lelaki melakukan seks atau melacur.

Namun perbuatan mereka terbongkar selepas lelaki yang bersetuju menjadi pelanggan isterinya, Rocky melaporkan perbuatan pasangan tersebut kepada pihak polis.

Mengikut kronologi kes, Zulfani meminta isterinya melakukan sesi tawar menawar dengan lelaki yang mahu menggunakan khidmat seksnya sehingga Rocky bersetuju untuk melanggan Putri dengan harga RM151.

Bagaimanapun Zulfani sebenarnya tidak berniat untuk melacurkan isterinya, tetapi menggunakan taktik itu semata-mata untuk mendapatkan wang.

“Saya bersalah. Saya memang tidak berniat buat jenayah tapi terdesak kerana dipicu masalah ekonomi,” kata Zulfani saat ditemui media di Polres Belitung Timur lapor CNNIndonesia.

Dalam pengakuannya, Zulfani sekerasnya membantah menjual Putri untuk tujuan melacur.

“Tidak, kalau menjual isteri saya tegaskan tidak benar itu,” kata bekas pelajar dari Institut Kesenian Jakarta ini.

Zulfani juga mengaku terdesak melakukan penipuan kerana dihimpit masalah ekonomi dan dia hanya mahu membeli buah tangan untuk keluarga isterinya di Belitung Timur.

“Mereka mencari duit untuk beli buah tangan dan diberikan kepada keluarga Putri. Oleh kerana tidak ada duit, maka mereka melakukan rencana kejahatan ini,” jelas pihak berkuasa pula.

Natijahnya, Zulfani Pasha dan Putri Amelia, serta rakan mereka yang bernama Andi berdepan hukuman maksima empat tahun penjara. Gempak

Pelakon Laskar Pelangi dicekup, tawar isteri lakukan seks

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker