Nabila Huda ‘hangkut’ 30 kebaya ke New York
Nabila Huda ‘hangkut’ 30 kebaya ke New York
Ingin memartabatkan budaya Malaysia ke mata dunia, pelakon Nabila Huda sanggup membawa sehingga 30 pasang kebaya pelbagai warna untuk digayakan sepanjang dua bulan berada di New York, Amerika Syarikat.
Nabila atau mesra disapa Abil, 39, berhasrat untuk menggayakan pakaian tradisional itu sepanjang berada di AS kerana bangga dapat mempromosikan budaya tanah air ke luar negara.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Abil berkongsi baju-baju kebaya yang dibawanya dari Malaysia yang ditaja oleh Royal Kebaya.
“Kenapa nak pakai macam ‘New Yorker’ sedangkan kita patut bangga dengan pakaian tradisional kita (kebaya). Kita patut berbangga dengan budaya dan batik Malaysia.
“Jadi saya memilih kebaya untuk travelog saya kali ini. Mesti cantik bila jalan terkedek-kedek dekat Times Square nanti,” tulisnya.
Selain kebaya, pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) itu juga membawa bersama aksesori dan kasut untuk dipadankan dengan busana tradisional itu nanti.
“30 hari, 30 kebaya. Saya siap bawa sebakul aksesori untuk dipadankan dengan kebaya. Terima kasih untuk penaja. Saya akan jaga elok-elok. Janji,” katanya.
Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji idea yang dibuat oleh Abil dan tidak sabar melihatnya menyarung kebaya di New York.
“Terbaik Abil martabatkan budaya kita. Mesti cantik,” ujar seorang peminatnya.
“Yes! Jangan lupa cucuk sanggul,” pinta seorang lagi peminatnya.
“Cepatlah pakai. Tak sabar nak tengok Abil bergaya pakai kebaya di New York,” kata seorang pengguna Instagram.
Difahamkan Abil yang juga anak kepada penyanyi legenda, Amy Search itu akan berada selama dua bulan di New York kerana terbabit dalam sebuah penggambaran program masakan.
Selain itu, Abil juga berkesempatan memasak hidangan kuah lodeh ketika dijemput ke kediaman diplomasi Malaysia yang berada di New York bersempena meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri. K Online
Nabila Huda ‘hangkut’ 30 kebaya ke New York
Baca Artikel Menarik:
- Ini permintaan terakhir arwah Mael XPDC
- Buruh durjana ceroboh kuarters kerajaan rogol penjawat awam
- Membuka kisah rumah terbuka dan kekalutan PAS dan PN
- Kemana Sugu Pavithra Menghilang?
- Jangan nak buat muka sedih – Isteri Nd Lala
- Zara Zya dedah cerita sebenar Bubble Bee
- Ini Gaji Sebenar Imam Besar Masjidil Haram
- Zeti perlu dipertanggungjawabkan dalam skandal 1MDB
- Jalan kaki nak beraya dengan cucu kerana tiada duit tambang
- ND Lala beraya di mana? Syada Amzah kongsi keadaan sambut Aidilfitri penuh kesedihan
- Tol percuma ketika raya, rakyat Indonesia benar-benar terkejut sambil berkata untung jadi rakyat Malaysia
- Carikan pendakwah untuk saya – isteri Hafidz Roshdi
- David Teo beri ‘tazkirah’ isu buka tudung isteri Haqiem Rusli
- Meghan Trainor trauma sakit zakar suami terlalu besar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET