Ibu tak tahu Hakimi pindahkan harta atas namanya

Ibu tak tahu Hakimi pindahkan harta atas namanya

Saida Mouh, ibu kepada pemain pertahanan Paris Saint Germain (PSG), Achraf Hakimi, akhirnya memberi reaksi berhubung berita anaknya memindahkan semua asetnya kepadanya.

Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan Hakimi memindahkan semua hartanya di bawah nama ibunya selepas bekas isteri bintang bola sepak itu, Hiba Abouk memfailkan cerai dan meminta untuk memperoleh separuh daripada asetnya.

Menjawab pertanyaan berhubung perkara itu, Saida berkata tidak salah jika benar berita anaknya memindahkan segala aset kepada dirinya.

Menurutnya, Hakimi yang berusia 24 tahun tidak akan dapat menafikan tuntutan bekas isterinya yang berusia 36 tahun itu jika dia tidak mengambil langkah drastik.

“Ashraf tidak memberitahu saya tentang pemindahan hartanya kepada saya, dan jika dia mengambil sebarang tindakan, ia adalah untuk melindungi dirinya.

“Saya tidak tahu apa-apa mengenainya, tetapi apa masalahnya jika ia benar? Jika dia tidak berbuat demikian, dia tidak boleh menafikan tuntutan (Hiba Abouk),” katanya.

Hakimi kini sedang melalui proses perundangan membabitkan dakwaan merogol.

Seorang wanita menuduh Hakimi cuba merogolnya di rumahnya sebelum dia berjaya melarikan diri, namun Hakimi kekal dengan pengakuan tidak bersalah.

Bulan lalu, Hiba buat kali pertama bersuara berhubung dakwaan rogol terhadap Hakimi apabila berkata dia akan sentiasa berada di sisi mangsa.

Dia juga memutuskan untuk berpisah dengan Hakimi sebelum suaminya itu berdepan dakwaan merogol, tetapi tidak menjelaskan sebab di sebalik perpisahan itu. HM

Ibu tak tahu Hakimi pindahkan harta atas namanya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker