Bekas gengster bantu kes kezaliman Ah Long

Bekas gengster bantu kes kezaliman Ah Long

Bergelumang dengan dunia “gengster” selama 12 tahun, teguran ibu menyebabkan Mohammad Mustafa Shaik Ismail insaf dan kini aktif membantu mangsa Ah Long atau sindiket pinjaman wang tidak berlesen.

Lebih dikenali dengan panggilan Mustafa Khan, lelaki berusia 31 tahun itu pernah dihantar ibunya Mariam Mustaffa ke Arab Saudi untuk menuntut ilmu agama bagi mengubah sikapnya.



Apabila pulang ke tanah air dia menubuhkan Persatuan Hak Masyarakat Malaysia (PHMM) yang didakwanya telah membantu menyelesaikan 3,400 kes dalam masa enam bulan dan menerima purata 20 aduan sehari berkaitan kekerasan Ah Long.

“Dalam 12 tahun itu saya keluar masuk lokap berkali-kali, jadi gengster ini seperti ketagihan dan ramai anak muda di luar sana hendak jadi kuat.

“Tetapi disebabkan ibu saya berubah,” kata anak keempat daripada lima beradik itu ketika ditemui FMT.

Mengimbas semula masa lalu, Mustaffa berkata dirinya terjebak dengan dunia samseng selepas menjadi mangsa buli di sekolah sebelum menyertai serta mengetuai sebuah kumpulan gengster di Negeri Sembilan.



Kini beliau mahu memadam episod hitam itu, menerusi PHMM Mustafa berkhidmat kepada masyarakat terutama mangsa Ah Long yang sentiasa berdepan tindakan kekerasan daripada syarikat pemberi pinjaman wang tidak berlesen.

“Saya panas hati dengan cara Ah Long menekan masyarakat secara kasar,” katanya yang menegaskan hanya penjenayah memahami gerak kerja penjenayah.

Seperti pertubuhan bukan kerajaan lain, Mustafa berkata pihaknya turut mengenakan caj 10% namun ada kalanya secara percuma jika membabitkan kes penghutang yang tiada pilihan.

Dakwanya, bayaran itu sebagai pengajaran supaya penghutang tidak lagi meminjam wang daripada sindiket tidak berlesen yang akhirnya menjerat kehidupan mereka.



“Ada kes berulang dan kami tidak bantu lagi kerana mereka seolah-olah tidak dapat pengajaran,” katanya dibantu lapan pekerja yang pernah menjadi mangsa Ah Long.

Menurut Mustafa yang juga pengerusi Kelab Peminat Ajith Kumar Malaysia, kehidupannya kini lebih tenang berkat doa mangsa Ah Long dibantunya sebelum ini. FMT

Bekas gengster bantu kes kezaliman Ah Long

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….



Amelia sertai Miss Universe Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker