Rohana Jalil kritikal kerana usus bocor

Rohana Jalil kritikal kerana usus bocor

Rohana Jalil kritikal kerana usus bocor
Rohana Jalil kritikal kerana usus bocor

Anak penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil iaitu Kilafairy memaklumkan ibunya terpaksa menjalani pembedahan untuk merawat kebocoran pada usus perut.

Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir Khan berkata, keadaan ibunya masih stabil, namun perlu melalui beberapa prosedur untuk mengubati masalah yang dihadapinya.

“Semalam Mama sudah buat pembedahan untuk tutup lubang bocor pada usus perut. Ada kebocoran disebabkan asid gastrik.



“Jadi, sekarang Mama tengah buat prosedur kedua masuk ‘stand’ untuk tutup lubang bocor pada usus yang bocor.

“Tolong doakan prosedur ini berjaya supaya tidak perlu membuat pembedahan lebih besar.


Baca Artikel Menarik:

‘Dia nampak letih ketika show’ – Jaafar Onn terkejut Rohana Jalil kritikal di ICU




“Keadaan Mama stabil, tetapi masih kritikal di bawah pemantauan hospital,” katanya kepada BH Online.

Semalam, Rohana dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tanpa diketahui penyakit.

Mengesahkan berita duka itu, rakan baiknya, Datin Salwa Abdul Rahman, pagi ini.

Salwa berkata, dia terkejut diberitahu juara Bintang RTM 1980 itu berada dalam kritikal di ICU sejak semalam.



Namun, katanya, doktor masih melakukan pemeriksaan dan pemantauan mengenai penyakit dihidapinya memandangkan penyanyi lagu Rayuanku itu tidak pernah alami penyakit serius sebelum ini.


Baca Artikel Menarik:


“Jaafar Onn ada menunjukkan gambarnya bersama Rohana ketika mengadakan persembahan di Plaza Shah Alam pada Ahad lalu.

“Bagaimanapun, Jaafar beritahu ketika sedang menyanyi, Rohana tidak boleh berdiri secara tiba-tiba.



“Rohana nak duduk dan terus berada dalam keadaan lemah. Saya memang terkejut kerana mengenalinya, Rohana seorang yang aktif dan jarang sakit.

“Semalam, saya mendapat khabar keadaan Rohana kritikal dalam ICU dengan penyakit yang belum diketahui,” katanya. BH

Heistdilfitri karya pertama Zizan Razak sebagai pengarah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah tunjuk bukti mesej Syamsul

Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah



Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker