‘Kamu diam kalau tak tahu pasal agama kami’
Akmal bidas kenyataan Teresa Kok mengenai sijil halal.
‘Kamu diam kalau tak tahu pasal agama kami’
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, menempelak tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang mendakwa cadangan mewajibkan perolehan sijil halal ke atas restoran dan syarikat makanan hanya menambah beban kepada peniaga.
Dr Muhamad Akmal menegaskan perolehan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bukan saja membabitkan larangan kandungan arak dan babi tetapi merangkumi bagaimana sesuatu makanan itu disediakan dan sumber penyediaannya.
“Saya nak beritahu… sijil halal dulu berbulan nak dapat. Hari ini, kita sudah pendekkan sehingga 23 hari saja, sudah dapat sijil halal.
“Jadi, apa masalah kamu dengan sijil halal ini. Kalau kamu tidak suka, ia tidak membabitkan kamu pun,” kata beliau melalui TikToknya, hari ini.
Semalam, media melaporkan, Teresa mendakwa, pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan dilaksanakan secara paksa.
Naib Pengerusi DAP itu mendakwa, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan dan beban kepada perniagaan kecil, selain bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya dan mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara.
Ia susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, kelmarin yang JAKIM mengkaji cadangan untuk mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal.
Dr Muhamad Akmal, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau mendakwa tindakan Teresa itu yang sebenarnya memalukan negara, yang disifatkan beliau sering mengganggu gugat keharmonian.
“Kalau kamu tak tahu mengenai agama kami, jangan cakap. Kamu diam lebih elok,” katanya. BH
‘Kamu diam kalau tak tahu pasal agama kami’
Baca Artikel Menarik:
- Kerabat Pahang didakwa serang penambak jalan dengan pisau, pistol
- Saya pertahankan diri selama 3 jam – Alias Awang
- Kerabat Pahang terlibat jenayah tidak akan dilindungi – Tengku Mahkota Pahang
- Apa sudah jadi dengan Kedah?
- PAS jangan sibuk hal UMNO – Tengku Adnan
- Pujian Hassan terhadap Ismail ibarat kritik Anwar
- Jijik dan benci dengan bapa, tak mahu jumpa dia lagi
- Ini ikan tenggiri?, soal Asyraf
- Saya sudah penat mengenai Sol – Yusof Haslam
- Ribuan ikan terdampar dikaitkan gempa bumi mega
- Kim Jong-un hukum mati 30 pegawai gagal cegah banjir
- ABPBH36: Jangan undi saya – Shila Amzah
- Polis trafik dirempuh mat rempit hilang ingatan
- Saham YTL, YTL Power jatuh susulan siasatan SPRM
- Nota Diplomatik bocor: ATM perlu bersiap sedia – Khaled
Layari Laman Facebook MYKMU.NET