Lelaki mengamuk selepas tak dibenar lihat jenazah ahli keluarga [VIDEO]
SUNGAI BULOH – Seorang lelaki mengamuk dengan memecahkan cermin di bahagian kaunter Unit Forensik Hospital Sungai Buloh gara-gara didakwa tidak dibenarkan melihat jenazah ahli keluarga pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, maklumat berkaitan kejadian diterima pada jam 12 tengah hari.
“Kejadian melibatkan seorang lelaki tempatan bertindak memecahkan cermin di kaunter unit forensik hospital berkenaan menggunakan topi keledar.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kerana suspek dalam keadaan marah dan tertekan kerana tidak dapat melihat jenazah ahli keluarganya yang meninggal dunia,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Katanya, anggota polis yang dikejarkan ke lokasi kejadian kemudiannya menahan suspek berumur 43 tahun itu.
“Selain itu turut dirampas satu topi keledar dipercayai digunakan suspek ketika kejadian.
“Semakan dijalankan mengesahkan suspek mempunyai sejarah pesakit mental dan beberapa kali tidak datang untuk janji temu bersama doktor,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kerabat Pahang didakwa serang penambak jalan dengan pisau, pistol
- Saya pertahankan diri selama 3 jam – Alias Awang
- Kerabat Pahang terlibat jenayah tidak akan dilindungi – Tengku Mahkota Pahang
- Apa sudah jadi dengan Kedah?
- PAS jangan sibuk hal UMNO – Tengku Adnan
- Pujian Hassan terhadap Ismail ibarat kritik Anwar
- Jijik dan benci dengan bapa, tak mahu jumpa dia lagi
- Ini ikan tenggiri?, soal Asyraf
- Saya sudah penat mengenai Sol – Yusof Haslam
- Ribuan ikan terdampar dikaitkan gempa bumi mega
- Kim Jong-un hukum mati 30 pegawai gagal cegah banjir
- ABPBH36: Jangan undi saya – Shila Amzah
- Polis trafik dirempuh mat rempit hilang ingatan
- Saham YTL, YTL Power jatuh susulan siasatan SPRM
- Nota Diplomatik bocor: ATM perlu bersiap sedia – Khaled
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gaduh isu ‘parking’, lelaki ditetak terima 35 jahitan
Puji betul-betul, jangan nak sakitkan hati saja