PRK Mahkota medan kempen terbaik jentera kerajaan perpaduan
PRK Mahkota penting kerana akan menjadi model dan formula kepada kempen jentera kerajaan perpaduan pada pilihan raya akan datang, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi.
Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, hal ini demikian kerana pada PRK ini, buat kali pertama sejak penubuhan kerajaan perpaduan, jentera semua parti komponen BN dan Pakatan Harapan (PH) terlibat.
“Semua jentera parti kerajaan perpaduan ada untuk PRK Mahkota ini. Jadi, kemenangan yang akan dicapai ialah kemenangan yang signifikan. Jika berlaku lagi pilihan raya selepas ini, model dan formula ini akan digunakan.
Saya yakin di Mahkota semua jentera kerajaan perpaduan akan buktikan solidariti, ini jentera kerajaan Madani. Formula ini, cara ini akan kita guna PRU16 agar kita terus kekal jadi kerajaan,
katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Jentera dan Pengenalan Calon BN untuk PRK Mahkota hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras BN Johor Onn Hafiz Ghazi; Naib Presiden Amanah Dzulkefly Ahmad; Presiden MCA Wee Ka Siong dan Naib Presiden MIC R Nelson.
Zahid yang juga presiden Umno berkata, kemenangan BN di PRK Nenggiri memberikan semangat baharu kepada gabungan itu, sekali gus membuktikan pihaknya boleh menang walaupun di kawasan lawan.
Kita telah buktikan, walaupun Nenggiri itu bukan di negeri (milik) kita, kerusi itu juga kita kalah sebelum ini, tetapi atas komitmen yang ditunjukkan, kita boleh menang dengan cemerlang,
katanya.
InsyaAllah, saya juga yakin tidak akan berlaku sabotaj untuk memenangkan calon kita. Calon (PRK Mahkota) ini dipilih daripada senarai 17 nama yang diberi sebelum ini. Kita telah kaji tahap boleh menang calon mengikut kriteria ‘Wali’ (winnable, acceptable and likeable).
Ketua Pemuda Umno Kluang Syed Hussien Syed Abdullah, 40, diumumkan sebagai calon BN bagi PRK Mahkota.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 28 Sept, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 14 dan 24 Sept.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kerabat Pahang didakwa serang penambak jalan dengan pisau, pistol
- Saya pertahankan diri selama 3 jam – Alias Awang
- Kerabat Pahang terlibat jenayah tidak akan dilindungi – Tengku Mahkota Pahang
- Apa sudah jadi dengan Kedah?
- PAS jangan sibuk hal UMNO – Tengku Adnan
- Pujian Hassan terhadap Ismail ibarat kritik Anwar
- Jijik dan benci dengan bapa, tak mahu jumpa dia lagi
- Ini ikan tenggiri?, soal Asyraf
- Saya sudah penat mengenai Sol – Yusof Haslam
- Ribuan ikan terdampar dikaitkan gempa bumi mega
- Kim Jong-un hukum mati 30 pegawai gagal cegah banjir
- ABPBH36: Jangan undi saya – Shila Amzah
- Polis trafik dirempuh mat rempit hilang ingatan
- Saham YTL, YTL Power jatuh susulan siasatan SPRM
- Nota Diplomatik bocor: ATM perlu bersiap sedia – Khaled
Layari Laman Facebook MYKMU.NET