Ini jawapan Syamsul mengenai diskaun nafkah anak-anak
Ini jawapan Syamsul mengenai diskaun nafkah anak-anak
Pengarah sensasi, Syamsul Yusof enggan mengulas lanjut mengenai pengurangan nafkah anak-anak yang diperkatakan oleh isteri pertama, Puteri Sarah Liyana.
Syamsul, 39, meminta pihak media untuk mengajukan soalan tersebut kepada peguam yang mewakilinya, Azmi Mohd Rais. Kata bapa kepada dua cahaya mata ini, dia ingin pulang ke rumah kerana sudah penat badan.
Tanya peguam saya. Saya nak balik penat. Tak nak (bagi kenyataan bersama peguam). Peguam saya ada jawapan. Saya reda dengan berita ini dan teruskan saja. Selamat berpuasa. Assalamualaikum.
Selain itu, proses sulh yang berlangsung pagi Selasa juga tidak berhasil apabila Syamsul dan Puteri Sarah gagal mencapai persetujuan.
Dalam pada itu, ditanya sama ada dia akan pulang beraya bersama Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail, pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof tidak menjawab lalu menutup pintu kereta Range Rover berwarna merah.
Baca Artikel Menarik:
- Sebab Syamsul tak lafaz cerai hari ini
- Syamsul, Sarah tak jadi cerai
- Terlalu Ramai Artis Jadi Suami Dayus, Isteri Nusyuz – PU Syed
Puteri Sarah Dedah Jumlah Mutaah & Nafkah Anak Tidak Cecah Jutaan Ringgit pun Syamsul Minta Diskaun
Pada hari ini, lafaz cerai yang sepatutnya dilakukan Syamsul ditangguhkan apabila Puteri Sarah enggan menarik semula saman terhadap madunya, Ira Kazar selain pengarah tersebut meminta pengurangan bayaran nafkah anak-anak.
Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 25 Mei depan di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.
Terdahulu, Syamsul bersetuju dengan permohonan cerai Puteri Sarah pada 10 April lalu. Media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), di sini, pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.
Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka. JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.
Baca Artikel Menarik:
- Elizabeth Tan akhirnya dapat selepas lapan tahun jadi penyanyi
- Nora Danish, Fasha Sandha ‘Sporting’ Berkumpul Dengan Keluarga Bekas Suami
- Kamal sekarang dah lain – Uqasha
Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.
Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. OB
Baca Artikel Menarik:
- Puteri Sarah Dedah Jumlah Mutaah & Nafkah Anak Tidak Cecah Jutaan Ringgit pun Syamsul Minta Diskaun
- Muda tidak beri “nilai tambah” kepada PH – Pemuda PKR
- Cuti umum tambahan perayaan Aidifitri
- Tol percuma 4 hari sempena Aidilfitri
- Sebab Syamsul tak lafaz cerai hari ini
- Syamsul, Sarah tak jadi cerai
- Nora Danish, Fasha Sandha ‘Sporting’ Berkumpul Dengan Keluarga Bekas Suami
- Kamal sekarang dah lain – Uqasha
- Bekas staf dedah Mira suka ‘racun’ bos, View Chin pula suka sembang lucah
- Ah Moi dakwa View Chin merayu nak berbaik semula
- Remaja trauma diliwat pelajar senior
- Pukul, campak tukang cuci ke sungai
- ‘Kahwin paksa’ Umno-PH boleh bertahan – Dr Akmal
- Kena ambik watak penyondol yang alim, acah-acah suci – Michael Ang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa