Shahidan tanya Rafizi nak buka tanah di mana?

Shahidan tanya Rafizi nak buka tanah di mana?

Kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli di Dewan Rakyat hari ini bahawa kerajaan akan membuka tanah bagi mengusahakan tanaman seperti sayur-sayuran dipertikaikan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau).

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan ketika menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) berhubung langkah kerajaan mengatasi inflasi bahan makanan yang tinggi, berkata, kerajaan akan membuka tanah dalam memastikan harga bekalan bahan mentah yang dibekalkan di restoran dan kedai dapat diturunkan.



Selesai menjawab soalan tambahan itu, Shahidan bangkit dengan menyatakan jawapan terbabit mengelirukan kerana tiada perincian di mana tanah akan dibuka.

“Kenyataan kita akan buka tanah itu nak buka tanah dekat mana… jawapan ini mengelirukan… kita akan buka tanah, tanah di mana,” tanya Shahidan ketika sesi jawab lisan, di sini.

Namun Timbalan Yang Dipertua, Datuk Ramli Mohd Nor meminta Shahidan untuk duduk berikutan tempoh bagi sesi pertanyaan hanya dihadkan kepada dua soalan tambahan sahaja.

Terdahulu, Rafizi berkata, inflasi bahan makanan yang tinggi, perlu ditangani di seluruh peringkat rantaian iaitu daripada permintaan dan bekalan dengan kenaikan harga barang sebenarnya didorong oleh harga akhir di kedai dan restoran.



“Kita perlu memastikan kesedaran pengguna dan pilihan mereka berada pada tahap semakin baik supaya pilihan mereka dalam membeli mempunyai keseimbangan antara permintaan dan bekalan.

“Jika ini boleh berlaku, kita mengharapkan kenaikan harga barang pada bulan akan datang khususnya membabitkan makanan yang dibawa balik ke rumah semakin sederhana dan membolehkan kita kawal inflasi,” katanya.

Sementara itu, Rafizi berkata, kemelesetan permintaan dari pasaran buruh kepada golongan belia akibat kenaikan gaji minimum hanyalah persepsi semata-mata.

Beliau berkata, sebaliknya cabaran utama dalam menangani pengangguran dalam kalangan belia adalah isu ketidakpadanan pekerjaan.



Atas dasar itu katanya, kerajaan mengambil keputusan membuka institusi Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi pengusaha swasta supaya tiada jurang yang besar antara kemahiran dan latihan.

“Jika dilihat jumlah kekosongan jawatan bagi suku ke-empat 2022, lebih separuh atau sebanyak 55.9 peratus daripada jumlah kekosongan jawatan adalah dalam sektor pembuatan yang rata-ratanya tidak diminati oleh golongan ini.

“Statistik suku keempat 2022 juga menunjukkan bahawa kekosongan jawatan tertumpu kepada pekerjaan separuh mahir iaitu sebanyak 55.1 peratus berbanding pekerjaan mahir hanya sebanyak 25.3 peratus,” katanya. BH

Shahidan tanya Rafizi nak buka tanah di mana?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri



Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang

Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker