Ini doa untuk Puteri Sarah – Ibu Syamsul

Ini doa untuk Puteri Sarah – Ibu Syamsul

Ibu pengarah filem, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail terus mendoakan yang terbaik buat menantunya, Puteri Sarah Liyana, 38, agar pelakon itu memperoleh kebahagiaan abadi.

Patimah yang sentiasa mengikuti perkembangan kisah kemelut rumah tangga anak dan menantunya yang belum selesai sering mengemaskini perkongsiannya di Instagram Story.



Bagi perkongsian terbaharu, Patimah menulis, derita hati yang dilalui Puteri Sarah sudah lama dan untuk itu dia hanya mampu mendoakan kebahagiaan buat wanita disayanginya itu.

“Derita hati dilalui bukan sehari dua tapi bertahun. Semoga Allah beri kebahagiaan abadi untuknya,” tulis Patimah berserta emoji hati berwarna merah pada perkongsian foto Puteri Sarah di Instagram Story.

Terdahulu, hari ini Syamsul hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, untuk sebutan pertama kes nusyuz yang difailkan terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana pada 21 Mac lalu.

Syamsul ditemui berkata, dia juga sudah bersedia dengan hati terbuka terhadap apa saja keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kemelut rumah tangganya pada Isnin ini.



Redalah apa saja… mudah-mudahan begitu juga dengan isteri saya (Puteri Sarah). Saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan yang ‘hurt’ (menyakitkan) isteri saya,” katanya ketika ditanya mengenai laporan JKP akan dibaca beberapa hari lagi.

Pada 24 Mac lalu, proses JKP yang berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membabitkan Syamsul dan Puteri Sarah difahamkan gagal menemui jalan penyelesaian.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4. HM

Ini doa untuk Puteri Sarah – Ibu Syamsul



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker