Ambiga dan Presiden Majlis Peguam tidak puas hati Nazlan langgar Kod Etika Kehakiman terdedah

Perkara yang benar dan betul dibantah oleh Ambiga dan Majlis Peguam manakala perkara salah dan jahat didokong oleh mereka.

Oleh Norzahira

RAKYAT sudah lama memerhati bagaimana Majlis Peguam yang dimonopoli oleh Ambiga dan kawan-kawannya mempermainkan sistem perundangan negara demi kepentingan politik songsang mereka. Perkara yang benar dan betul dibantah oleh Ambiga dan Majlis Peguam manakala perkara salah dan jahat didokong oleh mereka.

Baru-baru ini, Ambiga dan Rais Hussin mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Azalina Othman Said meletak jawatan hanya kerana beliau menjawab soalan ahli parlimen, seorang dari UMNO (Tenggara) dan seorang dari BERSATU (Tasek Gelugor) berkenaan status siasatan terhadap Nazlan.



Malah Ambiga dan Presiden Badan Peguam Malaysia Karen Cheah “melalak” menyifatkan SPRM melangkaui bidang kuasa dalam siasatan terhadap Nazlan. Mereka tidak berpuas hati surat serta laporan SPRM kepada Ketua Hakim Negara berkenaan pelanggaran kod etika dan konflik kepentingan Hakim Nazlan telah terdedah.

Memetik sumber, Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM Datuk Ahmad Rosli Mohd Sham menafikan dakwaan Ambiga dan Majlis Peguam. Beliau mengesahkan SPRM ada kuasa untuk siasat mana-mana hakim.



Beliau juga menjelaskan bahawa SPRM boleh juga merujuk kes untuk tindakan tatatertib mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 1975 Dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5. Tahun 1997 dengan persetujuan Pendakwa Raya.

Datuk Ahmad Rosli turut menjelaskan bahawa Peguam Negara yang bersetuju dan suruh SPRM untuk hantar surat serta laporan berkenaan Hakim Nazlan kepada Ketua Hakim Negara.

Siasatan SPRM dilancarkan terhadap Nazlan berhubung dakwaan yang mengaitkan hakim itu dengan perjanjian 1MDB Tanjung Energy Holdings Sdn Bhd ketika bertugas dengan Maybank.

Sepatutnya Ambiga dan Majlis Peguam mempersoalkan



1. Kenapa Zaharah dilantik secara unilateral oleh Mahathir (mungkin atas nasihat Tommy Thomas) pada Jun 2018 sedangkan JAC tidak mengesyorkan sesiapa untuk jawatan Hakim Besar Malaya?

2. Kenapa tugas pertama Zaharah selepas dilantik ke jawatan itu adalah menggantikan Hakim Sofian kepada Nazlan walaupun Nazlan mempunyai sifar pengalaman mengendalikan kes jenayah?

3. Apakah wajar untuk menugaskan hakim paling junior yang ada untuk mengendalikan kes profil paling tinggi dan paling kompleks dalam sejarah Malaysia?

4. Dengan mengesampingkan kesimpulan bahawa Nazlan telah salah dalam beberapa fakta dalam penghakimannya dan kegagalannya mengisytiharkan percanggahan konfliknya dalam kes ini, sekiranya laporan SPRM betul dan terdapat 3 lagi hakim yang menolak untuk mengambil alih daripada Hakim Sofian sebelum Nazlan bersetuju, siapakah yang telah menawarkan kepada 3 hakim ini dan mengapakah mereka menolak?



Kegagalan Ambiga dan Majlis Peguam memperjuangkan kepentingan perbicaraan yang adil kepada rakyat telah meletakkan badan tersebut tidak lagi relevan. Tambah memburukkan lagi keadaan apabila mereka dilihat seolah-olah cuba menyembunyikan salah laku hakim-hakim yang terlibat dan kepincangan dalam operasi sistem kehakiman sendiri hingga menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada sistem perundangan negara.

Rakyat melihat kesemua perkara yang berlaku menunjukkan pemilihan hakim dengan niat jahat telah berlaku dalam kes SRC Najib.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker