Ellie Suriati kena kecam puji Farid Kamil

Ellie Suriati kena kecam puji Farid Kamil

Ketika ini, hangat menjadi bualan di media sosial tentang sikap panas baran pelakon dan pengarah Farid Kamil sehingga dia melakukan penderaan emosi terhadap anak perempuannya.

Itulah yang didakwa isterinya, Diana Danielle yang berkata Farid telah menengking, mengurung dan membiarkan Aurora tidur di atas lantai dengan alasan mahu ‘mengajar’ kanak-kanak itu.



Dalam pada itu, Farid sempat memuat naik hantaran di Instagram peribadinya mempamerkan gambar-gambar dia bersama Aurora berserta caption,

Ruangan komen hantaran itu dipenuhi dengan respon netizen berkaitan masalah rumah tangga pasangan tersebut serta sikap panas baran Farid.

Pelakon Ellie Suriati turut tidak melepaskan peluang memberikan komennya tentang pengarah Remp-it 2 itu di mana dia memujinya seorang suami dan bapa yang baik.

Farid seorang suami yang baik, seorang bapa yang sangat2 kasihkan anak – anaknya Che Mat dan Aurora…. Farid Kamil kuat berpegang Pada Tali ALLAH SWT….. Pasti Ada Hikmah ALLAH SWT untuk Farid Kamil.”



Komen aktres itu bagaimanapun mengundang respon sinis daripada sesetengah individu yang tidak sependapat dengannya tentang Farid.

Mereka turut menyebut tentang kisah Farid yang didapati mengambil bahan terlarang sebelum ini selain turut meminta Ellie untuk membaca cerita daripada pihak Diana juga.

Jangan dengar Farid je. Penagih dadah memang perangai macam tu… Baik apa, abuse (emosi) anak.”

Sementara itu, ramai meninggalkan pelbagai komen dan pendapat masing-masing di mana ada yang berpihak kepadanya namun rata-ratanya mengkritik Farid serta menyokong Diana.



Ellie Suriati kena kecam puji Farid Kamil

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker